GP Edition Yamaha Y15ZR sangat mengiurkan

1439

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd melancarkan edisi keempat Yamaha Y15ZR GP Edition 2018 baru-baru ini.

Seperti model sebelum ini, Yamaha Y15ZR GP Edition 2018 diceriakan dengan imej seakan-akan jentera pasukan MotoGP Yamaha.

Ia hadir dengan warna dan corak grafik jentera lumba YZF-M1 yang ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Mereka yang membeli jentera itu akan menerima miniatur Yamaha Y15ZR GP Edition dan fitness wristband Yamaha Y15ZR.

Gp

Bahagian-bahagian lain masih tidak berubah apabila ia masih dikuasakan oleh enjin 150 cc empat lejang, satu silinder dengan empat injap serta sistem suntikan bahan api.

Ia menghasilkan kuasa sebanyak 15.1hp pada 8,500rpm dan tork setinggi 13.8Nm pada 7,000rpm.

Berhubung harganya pula, ia lebih mahal RM700 berbanding model semasa Yamaha Y15ZR. Harga yang dicadangkan ialah RM8,588 tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans.

Yamaha ialah sebuah syarikat terkenal dari Jepun. Mereka menghasilkan pelbagai produk yang berbeza-beza. Hasil jualan termasuklah motosikal (lihat Syarikat Motor Yamaha), alat-alat muzikal, perkakasan elktrik rumah, dan litar elektronik bersepadu. Syarikat ini diasaskan oleh Torakusu Yamaha sebagai Syarikat Nippon Gakki di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun.

Jenama Yamaha amat terkenal di seluruh dunia dan ini menjadikannya salah satu syarikat terkemuka di dunia. Di Malaysia , Y15 atau dikenali sebagai Ysuku sangat popular.

 

Komen anda mungkin membantu