Pusat B&P Perodua baharu di Kota Bharu

2940

Bagi memenuhi keperluan pelanggan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Perodua telah memperkenalkan pusat Badan Kenderaan dan Cat (B&P). Pusat baharu yang bernilai RM2 juta ini dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh pengedar Perodua Nasrom (M) Sdn Bhd.

“Kami mengiktiraf dan menghargai pelaburan yang dibuat Nasrom (M) Sdn Bhd serta komitmen dalam memenuhi keperluan pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Zahari Husin.



Tambahnya lagi, Perodua akan terus memperbaiki kemudahan B&P yang sedia ada mahupun membuka kemudahan baru. Ini bagi memastikan keperluan lebih daripada 3.2 juta pemilik kenderaan Perodua seluruh negara dapat dipenuhi.

Ia bukan sahaja meningkatkan kemudahan kepada pelanggan mereka, malah fasiliti ini juga membuktikan komitmen mereka dalam mengembangkan eko-sistem automotif tempatan.

Terletak di kawasan seluas 17,000 kaki persegi, terletak di Lot 12972 & 12973, Kg Padang Kala, Daerah Peringat, 16150 Kota Bharu. B&P baharu ini mampu membaiki sehingga 1,080 kereta setahun.

Pusat B&P - Kota Bharu
Pusat B&P – Kota Bharu

Pelanggan Perodua bakal dijamin dengan mutu kerja yang berkualiti dan alat ganti yang tulen bagi membaiki kereta mereka. Pelanggan juga akan dibantu dalam proses tuntutan insurans oleh kakitangan Perodua yang sah.

“Kami amat memahami bahawa membaiki kenderaan amat memberi tekanan, namun kami akan lakukan yang terbaik. Bagi memastikan pengalaman anda dengan kami menjadi mudah dan menyenangkan,” kata Pengarah Urusan Nasrom (M) Sdn Bhd, En Ab. Alim.

Nasrom (M) Sdn Bhd yang dilantik sebagai pengedar sah Perodua sejak tahun 1994 turut mengendalikan cawangan 1S (jualan) dan cawangan 2S (servis & alat ganti) di Kubang Kerian.

Daripada 66 buah pusat B&P di seluruh negara, tujuh daripadanya berada di Pantai Timur. Kawasan tersebut meliputi Kuala Terengganu, Kemaman, Kuantan, Jerantut dan Kota Bharu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here