Harith Farhan tidak dapat beraksi, Yuzy hanya guna dua pelumba di Jempol

2584

Pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing bakal pertaruhkan dua pelumba sahaja bagi saingan CP150 pada pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Pusingan kesembilan itu bakal berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pada 17 dan 18 November ini.



Dua pelumba yang bakal beraksi dalam kategori CP150  itu ialah Hanya Azroy Hakeem Anuar dan Amirul Ariff Musa kerana Harith Farhan Baharin tidak dapat beraksi setelah menjalani pembedahan lutut baru baru ini.

Manakala Md Aiman Azman dan Shahrol Syazraz Shahrol Yuzy pula kekal berlumba dalam kategori CP115.

Harith Farhan

Pengurus pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini menjelaskan ketiadaan Harith tidak menjejaskan strategi pasukan. Shahrol Yuzy juga akui kemungkinan Harith tidak dapat beraksi pada pusingan penutup tirai musim 2018 di Johor, Disember depan.

“Kecederaan Harith sudah agak lama, jadi keputusan melakukan pembedahan ketika ini adalah tepat sebagai persediaan untuk menghadapi musim 2019 nanti. Kami juga harapkan dia dapat pulih dengan segera,” jelas Yuzy.

“Cuma strategi awal kami pada minggu ini adalah untuk meletakkan pelumba berpengalaman, Mohd Zaqhwan Zaidi sebagai pengganti di Jempol. Ini kerana memandangkan saingan Kejuaraan Seluruh Jepun yang disertainya pada musim ini telah tamat” tambahnya lagi.

Namun begitu Zaqhwan mengalami kecederaan kerana terjatuh sewaktu perlumbaan terakhir kategori 1000cc di Jepun baru-baru ini. Zaqhwan bekemungkinan akan berlumba di Johor sekiranya Harith masih belum sembuh sepenuhnya nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here