Boon Siew Honda telah melancarkan 3 model 2019

2524

Ini adalah antara barisan model motosikal Honda yang di tunggu-tunggu akhirnya muncul jua di Malaysia.  Boon Siew Honda telah melancarkan 3 model 2019 yaitu Honda PCX Electric 2019, Honda Forza 300-2019 dan Honda CBR1000RR Fireblade 2019. Boon Siew Honda telah melancarkan 3 model 2019 tersebut di Kuala Lumpur di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

HONDA PCX HBRID 2019



Model Transmisi Automatik (AT) premium direka untuk menyampaikan kegembiraan mobiliti dengan pakej komprehensifnya yang dipertingkatkan teknologi, keselesaan perjalanan dan kemunculan mewah.

Dilengkapi dengan sistem Hybrid Proprietari Honda. PCX  Hybrid dikuasai oleh penyejukkan cecair 150cc , enjin 4 stroke silinder tunggal dikuasai oleh motor eletrik yang dikuasakan oleh bateri Lithium Ion keluaran yang tinggi.

Terdapat 3 mod  pada model AT premium ini mengikut keutamaan dan keadaan perjalanan.

1.Drive Mod (D) yang menyediakan perjalanan yang selesa dan ekonomi bahan api.

2.Sports Mod (S) untuk penunggang yang minat kepada kelajuan dan pecutan.

3.Idling Off Mod,mod yang membantu penunggang menyahaktifkan fungsi sistem pemalasan berhenti (ISS) tetapi mengekalkan prestasi kuasa yang sama seperti dalam mod D.

Warna yang tersedia ialah Pearl Dark Night Blue.Harga yang di tawarkan RM 13,499(tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran)

HONDA FORZA 300-2019

Forza 300 memperluaskan  model Honda AT line up dan memberi lebih banyak pilihan kepada penunggang  di Malaysia yang mencari model AT dengan gaya dan prestasi.

Ini adalah model Honda pertama yang dilengkapi dengan Kawalan Selektif Honda (HSTC), pelbagai teknologi dan ciri-ciri seperti Anti Lock Braking, Sistem (ABS), Honda Smart Key System, sistem lampu LED  dan di bawah tempat duduk ruang yang boleh menyimpan dua topi keledar muka penuh, soket pengisian 12v, serta skrin eletrik yang boleh laras.

Terdapat 3 warna pilihan iaitu Pearl Horizon White,Sword Silver Mettalic dan Asteroid Black Metallic.Harga yang ditawarkan ialah RM 30,999.00 (Tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran)

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here