Ford Ranger Raptor RM199,888

1566

Trak breprestasi yang harganya bermula daripada RM199,888 telah dilancarkan secara rasmi oleh Ford Motor Company dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) .

Jentera itu dilancarkan pada Hari Media Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 baru-baru ini. Turut dilancarkan jentera Ford Mustang Baharu di acara itu.

Ranger Raptor merupakan trak berprestasi untuk laluan off-road berkelajuan tinggi pertama. Ia juga merupakan satu-satunya yang dibina dikilang Asia Pasifik.



Ia boleh didapati dalam dua warna menarik iaitu biru (Lightning Blue) dan warna unik Ranger Raptor, kelabu (Conquer Grey).

Ranger Raptor menyerlahkan DNA Ford Performance menerusi reka bentuk unik dan keupayaan luar biasa untuk memecut laju di laluan off-road.

Trak pikap ini dikuasakan oleh enjin diesel 2.0-liter Bi-Turbo penuh kuasa dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan

Ia juga dilengkapi dengan 10-kelajuan, penyerap hentak Position Sensitive Damping (PSD) yang dikilangkan khas oleh FOX yang dipasang pada roda hadapan dan belakang.

Selain itu ia juga dilengkapi suspensi belakang pautan Watt serba baharu yang inovatif dengan pegas gegelung belakang. Ia dapat membantu Raptor melangkaui had teknologi, inovasi dan keselesaan pemanduan.

Ranger Raptor dilengkapi  Sistem Pengurusan Mukabumi (TMS) yang menawarkan enam mod pemanduan yang menarik.

Ia dapat meningkatkan prestasi pemanduan, termasuklah Mod Baja (‘baha’) yang  ditunggu-tunggu.

Ranger Raptor padat dengan ciri keselamatan dan kemudahan membuatkannya sesuai untuk dipandu di laluan biasa dan off-road.

Pelbagai teknologi bantuan pemandu dapat berfungsi dengan hanya menekan butang dan hal ini melengkapkan lagi ciri-ciri istimewa Ranger Raptor.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here