Tunggang Uji-Honda Vario 150

6702

Akhirnya berpeluang juga menguji skuter terbaharu Honda. Mungkin terlalu ramai yang ingin menguji, kami terpaksa bersabar hampir 2 bulan menunggu giliran untuk menguji Skuter Vario 150 Transmisi Automatik (AT) yang dilancarkan pada bulan Ogos lalu.

Apa yang hebat sangat Skuter Vario 150 ini?



Skuter bersaiz kecil. Saiz skuter sebenarnya mempengaruhi minat pengguna berdasarkan kuantiti tempat simpan barang,kegunaan harian serta keselesaan pengguna.

Tidak di nafikan skuter ini bercirikan “sporty”, bentuk lampu pun membuktikan….memang menarik.Skuter Underbone 150 cc ini lengkap dengan beberapa aspek.

Iaitu tunggangan yang berkuasa, berprestasi , ciri-ciri moden, menarik perhatian dan tidak rugi untuk setiap duit yang keluar dari poket anda.

kami telah menguji skuter ini, hasilnya berdasarkan ciri-ciri berikut-:

1. Enjin 150 cc dengan teknologi Enhanced Smart Power (ESP)

Enjin silinder tunggal empat lejang bersesaran 150cc dengan sejukkan cecair, merupakan sebuah enjin yang mampu menjana kuasa bagi perjalanan sejauh 152km tanpa henti.

Destinasi ujian bermula dari klang menuju ke bandar seremban,di mana jarak untuk 2 hala ialah 152km.Menjimatkan dengan kelajuan 110km/j, agak terkejut paparan di skrin digital menunjukkan pengunaan bahanapi tiada sebarang perubahan.Seolah-olah skuter ini tidak bergerak.

Topik penjimatan ini di perkukuhkan lagi dengan sistem Idling Stop System (ISS).Pembaziran bahan bakar tidak berlaku terutama menunggang di dalam kesesakan dan berhenti di lampu trafik yang agak lama.

2. Combined Brake System (CBS)

Jangan tersilap Skuter ini tidak di bekalkan ABS,tetapi di gantikan dengan ciri Combined Brake System atau CBS.

Sistem ini telah kami uji semasa menunggang didalam kesesakan trafik.Pada asasnya sistem brek skuter adalah lebih mencengkam di roda belakang.

Sistem CBS yang terdapat pada Honda Vario 150 ini boleh di kategori sebagai satu sistem keselamatan bagi mereka yang masih baru dengan dunia Skuter.

Keseimbangan kuasa cengkaman brek dapat dirasakan di dalam situasi berhenti secara mengejut.Jelas sistem ini memberikan kestabilan dan keselamatan yang ketika membrek.

3. Ruang Simpan barang saiz 18 liter

Ruangan ini terdapat pada setiap skuter.Perbezaan hanya saiz dan rekabentuk sahaja.Isu  ini di ambil kira oleh pengguna sebelum memiliki skuter.

Kami dapati ruang ini mampu memuatkan sebuah helmet bersaiz penuh.Tetapi jangan terlepas pandang dengan ruang poket di hadapan skuter. Ruang poket terdapat pada kiri dan kanan yang membolehkan pengguna meletakkan barang.

4. Moden dan terkini

Topik ini kami akui kehebatan Honda sememangnya memahami kehendak pengguna masa kini, melihatkan pada sistem Honda Vario 150,skuter tanpa kunci atau Sistem Kunci Pintar.

Canggih,bukan setakat itu sahaja malahan Vario 150 dilengkapi dengan Sistem Penggera.Melihatkan segala aspek keselamatan yang terhidang,kehilangan atau kecurian skuter ini dapat di hindarkan.

Saiz skuter memang kecil,namun keistimewaannya pelbagai.Maka tidak merugikan andaikata berhajat untuk memilikinya.

Penawaran harga untuk versi biasa ialah RM 7,199..Dan penawaran harga pada versi Repsol RM 7,399. Harga tidak termasuk insuran,cukai jalan dan yuran pendaftaran.

Jaminan daripada pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000 km yang mana terdahulu.

Vario sebagai salah satu pilihan yang bernilai dalam segmen skuter 150cc untuk para pembeli.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here