Jimat sehingga RM40,000 untuk Ducati, hanya minggu ini!

93

Dapatkan sehingga RM40,000 penjimatan apabila anda membeli motosikal Ducati hujung minggu ini. Ya, hanya hujung minggu ini, 27-28 April 2019, Next Bike Sdn Bhd (pengimport dan pengedar rasmi Ducati di Malaysia) mengadakan kempen Red Weekend 2019.

Bertempat di Naza Automall, PJ, pelanggan boleh memilih model-model Ducati seperti Panigale V4 S, Monster 821 dan Scrambler untuk mendapatkan nilai terbaik wang anda.

Di samping membeli motosikal, anda juga boleh membuat pembelian sampingan seperti sesi DRE Racetrack Academy, DRE Bike Travel Scrambler Tour Package dan Ducati Smart Service Program. Terdapat juga rebat 20 peratus untuk pakaian berjenama Ducati.

Sepanjang dua hari acara, anda juga boleh melihat dengan lebih dekat Hypermotard 950 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Komen anda mungkin membantu