Toyota Century ini adalah kereta paling sesuai untuk Maharaja Jepun

3568

Semalam 1 Mei, Putera Mahkota Jepun, Naruhito menaiki takhta menggantikan Maharaja Akihito, memasuki era ‘Reiwa’ baharu. Bersama dengan penobatannya, Maharaja baharu itu menaiki sebuah kenderaan istimewa, Toyota Century.

Imej: CNET

Kereta ini merupakan versi one-off atau satu-satunya yang dibina khas untuk Maharaja itu, iaitu model convertible. Toyota Century istimewa ini akan menggantikan Rolls-Royce Cornish III yang digunakan semasa bapanya menaiki takhta pada 1990.

Century ialah kenderaan paling sesuai untuk Putera Naruhito semasa penobatannya. Ia akan menjadi ironi jika Maharaja Jepun menggunakan kenderaan buatan negara lain. Iya lah, Jepun kan mempunyai banyak jenama pengeluar kereta.



Imej: CNET

Mungkin Rolls-Royce model lebih mewah, dengar nama pun dah mewah, tetapi sedan Toyota ini kenderaan sangat sesuai dengan Maharaja ini. Dan ia juga tidak kurang mewah dari segi kelengkapan.

Untuk rujukan, Century ialah sedan flagship Toyota dengan generasi terkini diperkenalkan pada Tokyo Motor Show 2017. Ia menampilkan jarak roda dan dimensi lebih panjang, memberikan penumpang belakang lebih ruang. Walaupun model baharu, ia mengekalkan penampilan berkotak seperti sebelumnya.

Imej: CNET

Di dalam, kabinnya diberikan kemasan kayu unik, dan pelanggan boleh memilih untuk menggunakan kulit juga. Tempat duduk belakang diberikan fungsi urut dan panel pelbagai operasi di perehat tangan tengah untuk mengawal larasan tempat duduk, pengudaraan dan sistem audio.

Century ini menggunakan enjin 5.0-liter V8 yang dipadankan dengan Hybrid System II, menghasilkan output gabungan 430hp. Enjin ini menggantikan V12 sebelumnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here