Ikuti tips dari Waze ini untuk elak kesesakan trafik bulan Ramadhan

1783

Waze ingin berkongsi tips bilakah masa sesuai untuk anda membuat urusan-urusan di sekitar Lembah Klang. Tips dari Waze ini diberikan hasil dari kutipan data oleh aplikasi itu.

 



Berikut adalah masa-masa terbaik dan terburuk untuk berada di atas jalan:

  1. Kesesakan Bulan Ramadan Ketika Menuju ke Tempat Kerja

Waze menjangkakan para pemandu yang menuju ke tempat kerja akan mengalami trafik yang lebih sesak berbanding trafik ketika menuju pulang ke rumah. Trafik dijangkakan sesak dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi pada hari kerja dan akan beransur pulih pada pukul 3 petang. Jadi, mereka yang bangun awal untuk bersahur dan bersolat patut mempertimbangkan permulaan yang lebih awal dan keluar dari rumah sebelum 8 pagi.

  1. Masa Terbaik dan Terburuk untuk Mengunjungi Restoran Makanan Segera

Inginkan snek lewat malam ataupun sarapan awal pagi di restoran makanan segera kegemaran anda? Tiada masalah! Semasa Ramadan, bila-bila masa selepas 9 malam merupakan waktu yang bagus untuk melawat rangkaian makanan segera, terutamanya dari pukul 12 malam hingga ke 5 pagi.

Sebaliknya, masa yang terburuk untuk melawat rangkaian makanan segera ialah dari 4 petang hingga ke 7 petang. Ini adalah kerana orang ramai sedang bersiap-sedia untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan mereka pada masa ini.

  1. Masa Terbaik dan Terburuk untuk Melawati Pusat Beli-Belah

Musim Ramadan merupakan musim penting bagi setiap tahun kerana pusat-pusat beli-belah akan dipenuhi ramai orang yang datang untuk membeli-belah dan menjamu selera. Pusat-pusat beli-belah di seluruh Malaysia sentiasa padat dari pukul 12 petang hingga ke 4 petang dan akan menjadi paling padat dari pukul 5 petang hingga ke 6 petang.

Mereka yang memerlukan “terapi beli-belah” ataupun membeli-belah boleh menuju ke pusat-pusat beli-belah mulai pukul 7 petang.

  1. Masa Terbaik dan Terburuk untuk Singgah ke Bank

Di sepanjang bulan Ramadan yang suci ini, trafik menuju ke bank-bank di seluruh Malaysia turun naik sepanjang hari. Dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi, terdapat peningkatan yang stabil dalam bilangan orang yang mengunjungi ATM.

Walau bagaimanapun, trafik menuju ke bank akan meningkat selepas pintu dibuka secara rasmi pada 9.30 pagi, sebelum ia menjadi penuh dari pukul 12 tengah hari ke 3 petang. Jika anda hanya ingin mengeluarkan wang tunai di ATM, lakukannya selepas pukul 4 petang kerana orang ramai akan beransur-ansur pulang dan bilangan orang ramai akan menurun selepas itu.

  1. Masa Terbaik dan Terburuk untuk Mengisi Minyak

Jika anda ingin mengisi minyak, lakukannya pada awal pagi kerana anda tidak akan perlu beratur di mana-mana pam sebelum dan sekitar pukul 8 pagi! Bilangan orang akan meningkat mulai pukul 9 pagi dan anda patut mengelakkan stesen-stesen minyak ketika waktu puncak dari pukul 3 petang hingga ke 6 petang kerana orang ramai akan mengisi minyak dalam perjalanan pulang ataupun ke makan malam dengan keluarga dan rakan-rakan.

Jika anda perlu mengisi minyak selepas kerja, buat sedemikian mulai pukul 7 malam kerana stesen-stesen minyak akan menjadi kurang sibuk selepas itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here