Volkswagen Arteon sah hadir ke Malaysia tahun ini, Passat diberi facelift

207

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengesahkan mereka akan memperkenalkan dua model sebelum hujung tahun ini. Pertama ialah Volkswagen Passat B8 facelift dan keduanya ialah Volkswagen Arteon, model flagship jenama itu.

Volkswagen Arteon
Volkswagen Arteon. Imej: Digital Trends

Arteon merupakan pengganti kepada CC, mula dilancarkan di Geneva 2017 dan duduk di atas Passat dalam hierarki Volkswagen. Arteon dipacu oleh enjin 2.0-liter TSI dengan 280PS dan 350Nm tork. Kuasa pula dihantar ke jalan melalui sistem AWD 4Motion dan transmisi automatik DSG 7-kelajuan.

Pengarah urusan VPCM, Erik Winter berkata mereka sedang dalam proses memuktamadkan perincian dan spesifikasi untuk pasaran Malaysia.

Passat sedia ada pula telah berada dalam pasaran sejak hujung tahun 2016, ditawarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD).

Menurut VPCM, sedan segmen-D yang diperbaharui nanti akan mendapat spesifikasi yang lebih hampir dengan versi Eropah. Di sana, Passat B8 facelift ini diberikan Modular Infotainment Matrix generasi ketiga (MIB3) yang hadir dengan kad SIM-nya sendiri.

Komen anda mungkin membantu