Luaran Yamaha 125Z ini biasa, tetapi dalamannya berbisa

10495

Yamaha 125Z ini melakukan modifikasi enjin yang membuatkan kelajuannya tidak masuk akal. Biarpun rekaannya menjurus kepada kapcai, namun Yamaha 125Z adalah satu-satunya jentera dua lejang yang terus menerima sambutan hangat semenjak dilancar pada 1999 di Malaysia.

Walaupun mempunyai sesaran 125cc, kelajuan jentera ini diibarat ‘pelesit’ jika kena gaya modifikasi pada enjinnya.



Bayangkan hanya dalam kondisi standard sahaja, sekali pulas jentera ini mampu mencatat kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j).

Kali ini Motoqar menampilkan kapcai yang tampak kondisi standard, tetapi modifikasi enjinnya membuatkan kelajuannya tidak masuk akal.

Jentera keluaran 2006 milik Muhamad Shafie Ahmad, 25, seorang pekerja swasta dari Perak, sememangnya tampak bersahaja namun jangan sesekali dicabar kerana tahap kelajuan jentera ini melebihi 200 km/j.

Melihat sudut luaran ternyata tidak ada apa yang istimewa, masih mengekalkan pelbagai komponen asal.

Namun penggunaan rim berjejari dengan tayar Kenda 70/90, sudah pasti membuatkan jentera ini tampak ringan.

Penggunaan rim warna hitam dan berjejari emas yang dipasang pada jentera biru serta disulam pelekat badan perak, sudah pasti menakutkan pesaing untuk mencabarnya.

Rim Yamaha 125Z

Selain itu ekzos asal yang dipotong dan diiubah suai memberikan lebihan kuasa ketika pendikit minyak dipulas pada tahap maksimum.

Apa yang menarik tentang enjin ini? Sebenarnya enjin asal sudah pun dinaik taraf dengan pelbagai komponen berprestasi khas untuk kelajuan.

Meter Yamaha 125Z

Antaranya penggunaan blok dan omboh khas daripada UMA Racing bersaiz 62mm. Sudah pasti dengan saiz yang sebegitu besar cukup untuk melayakkan jentera ini memecut pada kelajuan melebihi 200km/j.

Selain itu jentera ini turut menggunakan klac perlumbaan jenama sama serta pendikit jentera dikawal karburetor Yamaha TZM.

Pelbagai lagi komponen khas enjin yang dibawakan khas dari Thailand turut digunakan dan pemilik mengakui sudah berhabis lebih RM2,000 untuk modifikasi jentera miliknya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here