DJI RoboMaster S1 ialah robot kereta kebal untuk ajar anak anda pemograman

3959

Dalam mengembangkan rangkaian produk dari sedia ada seperti stabilizer, kamera dan dron, DJI telah memperkenalkan robot kawalan jauh DJI RoboMaster S1.

Robot kereta kebal ini akan disasarkan kepada peminat Battlebot yang suka mencipta dan memprogram robot pertandingan.



S1 (singkatan untuk Step 1) bukanlah projek DIY seperti Nvidia Jetbot, tetapi ia sistem robot lengkap dengan pelbagai komponen yang boleh dikonfigurasi dan ruang untuk anda menambah kreativiti anda.

Robomaster S1 ini mempunyai 31 pengesan, kamera stabil dengan video live dan penembak ala Nerf. Penembak dan pengesan-ditembak ini menunjukkan aplikasi utama S1, iaitu untuk menembak S1 lain.

Bunyi macam seronok? Ya. Ditambah lagi dengan roda Mecanum yang versatil, roda ini menjadi kegemaran pembina robot. Tetapi roda ini tidak murah. Begitu juga S1, pada USD500 (RM2,084).

Selain dari komponen modular, S1 datang dengan enam port PWM untuk membolehkan anda memasang peranti atau gajet pihak ketiga (third party).

Pelbagai kebolehan AI

Keluar dari kotak, S1 dilengkapi pelbagai kemahiran menarik. Ia boleh mengikuti garisan, mengecam 44 simbol visual berbeza, mengenalpasti dan mengikut orang, memberi respon kepada tepukan tangan dan mengenali serta bertindakbalas kepada S1 lain.

Jika anda mahu menambah atau membina ciri anda sendiri kepada S1 ini, ia boleh diprogram menggunakan Python atau Scratch. Jangan risau jika anda tidak biasa dengan nama-nama ini, DJI ada menyediakan siri tutorial “Road to Mystery” untuk tujuan ini.

S1 yang dibina berdasarkan DJI RoboMaster diberikan beberapa mod termasuklah Solo Target Practice dan Target Race, serta mod-mod Multiplayer Battle seperti Race dan Free-for-All. Apabila bertanding, bot-bot ini boleh menembak sesama sendiri menggunakan pancaran IR atau manik gel.

Jika anda remaja, mungkin anda boleh pujuk ibubapa anda bahawa RM2,084 itu berbaloi untuk anda belajar. Tetapi jika anda rasa anda pembina robot sejati yang mau membelinya, anda boleh lihat “permainan” ini di RoboMaster S1 Challenge pertama di Shenzhen, China Ogos ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here