Michelin Energy XM2 tawar prestasi brek terbaik semasa baru atau haus

2499

Michelin melancarkan tayar baharu Energy XM2+ yang mensasarkan pemandu baharu dan golongan belia yang peka dengan aspek kewangan, namun tidak mahu berkompromi soal keselamatan.

Dengan slogan “Your Stopping Superpower”, Michelin Energy XM2+ dirumuskan untuk memberi prestasi brek terbaik di permukaan basah sama ada masih baharu, ataupun semasa digunakan sepanjang hayatnya.



Energy XM2+ menggunakan formulasi getah silika penuh baharu. Dengan ini, prestasi breknya dikatakan sehingga 3.9 meter lebih baik berbanding tayar pesaingnya semasa baharu.

Dan semasa telah haus, tayar ini menjanjikan prestasi brek di permukaan basah sehingga 4.5 meter berbanding pesaingnya.

Tayar ini juga menawarkan jarak perbatuan sebanyak 25 peratus lebih jauh berbanding tayar pesaing premium lain.

Simbol ‘+’ pada permukaan sisi tayar ini menandakan ia dilengkapi dengan kompaun getah yang dinaik taraf.

Ia juga mengekalkan tanda ‘X’ Hijau yang dibawa daripada produk terdahulu untuk menandakan penjimatan bahan api yang dapat dikecapi dengan tayar ini secara optimum.

Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan Michelin Energy XM2+ terbaharu di TYREPLUS serta wakil-wakil pengedar bertauliah Michelin di seluruh negara menerusi 32 saiz berbeza untuk rim 14- hingga 16-inci. Harga adalah bermula RM200 sebiji.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here