Konsep baru kereta F1 “deperkenalkan” umum – 2020

5849

Mungkin ini masa yang terbaik untuk mengetahui jentera perlumbaan Grand Prix akan datang. Ini berikutan, selepas bos F1 tech Ross Brawn ada memaklumkan berhubung reka bentuk kereta perlumbaan masa depan itu, pada September lalu.kereta F1

Oleh kerana reka bentuk sukan permotoran mengikuti fungsi dan peraturan, jadi jentera F1 dari 2021 akan berbeza berbanding dengan jentera 2017. Perubahan yang bakal dilakukan itu lebih menumpukan pada ciri-ciri downforce yang lebih tinggi. Kereta F1 masa depan bakal ditetapkan sebanyak 80 peratus downforce. 

kereta F1Sementara itu, reka bentuknya akan lebih banyak diperkemas. Dengan plat akhir yang lebih agresif-diukir pada sayap depan, memanjang jauh di atas bahagian tengah. Di bahagian belakang, mungkin atau tidak ia dilengkapi plat akhir yang meliputi roda sebagai langkah keselamatan. kereta F1



Berdasarkan lukisan rekaan oleh Jamil Rza, ini mungkin jentera yang mengikut pandangan di atas. Plat hujung sayap depan melambung ke atas, walaupun tidak setinggi ‘hidung’. Kereta itu juga tidak mempunyai sistem HALO (ciri keselamatan pemandu apabila jentera tanpa bumbung).

kereta F1

Gayanya keseluruhan tampak futuristik, tetapi tidak terlalu melampau. Kita boleh berhujah bahawa jika anda menambah HALO, lukisan digital ini akan kelihatan seperti versi yang lebih kemas mengenai apa yang Brawn memaklumkan kepada umum sempena seminar ‘Tech Talk‘.

Halo

Halo adalah sistem perlindungan kemalangan pemandu yang digunakan dalam siri lumba roda terbuka yang terdiri daripada bar melengkung yang diletakkan untuk melindungi kepala pemandu. Sistem ini diperkenalkan pada tahun 2015 dan menjadi mandatori mengikut homologasi dan peraturan FIA dari 2018. Ujian pertama dengan prototaip yang dilengkapi dengan sistem itu telah dilaksanakan pada 2016 dan pada Julai 2017. Sejak musim 2018, FIA telah membuat halo mandatori pada setiap kenderaan dalam Formula 1, Formula 2 dan Formula 3 sebagai langkah keselamatan baru.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here