Toyota Malaysia – sudah 50 tahun “menetap” di Tanah Melayu

85

Genap 50 tahun jenama kenderaan Toyota dikilangkan di Malaysia dan ia mencatat sejarah baru buat jenama itu.

Bersempena dengan ulang tahun itu, Toyota kini memulakan operasi di kilang terbaru mereka di Bukit Raja Klang, Selangor.

Sambutan itu lebih meriah apabila diraikan bersama Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bersama-sama dengan Permaisuri Tengku Norashikin, Tengku Permaisuri Selagor.Toyota

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Amirudin Shari dan Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, CEO Toyota Asia dan China Tatsuro Ueda.

Pengerusi UMWT Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, beliau sangat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan kerajaan Malaysia kepada syarikat berkenaan sehingga mampu berkembang selama 50 tahun di negara ini.

Bercakap mengenai pelaburan RM2 Billion kilang baru Toyota di Bukit Raja. Beliau memberitahu bahawa ia adalah langkah Toyota untuk membawa teknologi pembuatan terkini. Sistem pengeluaran automasi tertinggi, rekabentuk yang inovatif sambil mempromosikan kecekapan tenaga di Malaysia.

“Dalam masa yang sama kami tak lupakan alam sekitar dan keselamatan. Kilang kami menerapkan elemen Society-Caring di mana ia kurang menghasilkan bunyi bising. Dan beroperasi menggunakan inisiatif tenaga boleh diperbaharui serta kurang pencemaran.

“Dengan teknologi terbaharu ini juga, UMWT mensasarkan Pembangunan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan pekerja asing,” katanya.

Sempena simbolik sambutan ke-50 tahun ini juga, UMWT menyerahkan sebuah Toyota Yaris kepada Komuniti Belia Selangor (SAY).

Komen anda mungkin membantu