Hafizh Syahrin bakal terima peralatan baharu di Jerman

2465

KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah meraih penamat keduanya dalam kelompok pungutan mata bagi musim ini di Grand Prix (GP) Belanda, semalam.

Pada masa sama, pengurus pasukan Red Bull KTM Tech3, Herve Poncharal mengharapkan pelumbanya itu bakal menerima ‘sesuatu yang baharu’ daripada pengeluar motosikal dari Austria itu pada pusingan seterusnya di Sachsenring, Jerman hujung minggu ini. Hafizh Syahrin

Rakan sepasukan, Miguel Oliveira menamatkan perlumbaan di litar Assen di tempat ke-13. Dengan berbekalkan alat baharu daripada KTM manakala Hafizh ke-15. Penamat keduanya dalam kelompok pungutan mata selepas di GP Perancis (ke-14). Sekali gus mengubat kekecewaannya pada dua perlumbaan seterusnya di sirkit Mugello dan Barcelona-Catalunya. 



“Satu perlumbaan yang bagus pada awal saingan sehinggalah ke pertengahan. Selepas memasuki baki lapan pusingan akhir, saya hilang cengkaman tayar belakang di bahagian kanan dan saya tak tahu puncanya

“Saya cuba mengawalnya tetapi tidak berhasil. Jadi sedikit kecewa kerana saya tahu mampu merapatkan jarak dengan Pol Espargaro (KTM Factory Racing) dan mungkin juga di depan rakan pasukan. 

“Apapun, ini adalah perlumbaan. Sekarang kami cuba perbaiki kelemahan dan memahami jentera secara lebih baik. Saya harap dapat satu perasaan yang baik pada minggu ini. 

Hafizh Syahrin

“Saya percaya ‘swingarm’ karbon baharu diterima Miguel membantu daripada sudut kelajuan perlumbaan, jadi saya harap saya juga dapat sesuatu pada pusingan seterusnya,” kata Hafizh yang kini berada di tangga ke-24 keseluruhan dengan tiga mata. 

Sementara itu, Poncharal menyifatkan saingan di Assen sebagai positif buat pasukan selain mengharapkan Hafizh menerima alat sama di GP Jerman, minggu ini. 

“Kami memperoleh sesuatu yang baharu untuk Miguel di sini, ia membantu rentak dan kelajuan. Apa yang jelas, ia sesuatu yang positif di sepanjang minggu ini. Kami harap Hafizh akan menerima manfaat daripada alat ini di pusingan seterusnya tetapi saya serahkan perkara itu kepada KTM kerana sedar mereka juga sudah mencuba sebaik mungkin dan ia juga bukan sesuatu yang mudah. Hafizh Syahrin

“Keseluruhannya, kami mempunyai dua pelumba yang menamatkan saingan dengan baik dalam kelompok mata. Kami semakin merapatkan jurang yang ada (dengan pesaing lain) dan tidak jauh daripada Pol Espargaro. 

“Saya percaya, ini adalah minggu yang agak positif. Kami mempunyai satu lagi perlumbaan minggu ini dan ia adalah sentiasa menjadi sesuatu yang baik. Saya menyukai minggu perlumbaan yang berturut-turut, jadi kita lihat apakah yang akan berlaku di sana,” kata Poncharal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here