Hafizh Syahrin nafi `turun’ Moto2 musim depan

1707

KUALA LUMPUR: Pelumba Red Bull KTM Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah berdepan spekulasi kencang mengenai masa depannya dalam kelas MotoGP di saat dirinya sedang memberi tumpuan penuh kepada Grand Prix (GP) Jerman, hujung minggu ini.

Hafizh dipetik media antarabangsa yang melaporkan dirinya akan turun semula ke kelas pertengahan Moto2 musim depan dan tempatnya diambil oleh pelumba Red Bull KTM Ajo, Brad Binder yang meraih penamat kedua dalam kelas pertengahan itu di GP Belanda, hujung minggu lalu.Hafizh

Bagaimanapun Hafizh menafikan khabar angin berkenaan dengan berkata: “Tak ada apa-apa perbincangan ke Moto2 atau apapun lagi, saya pun belum berbincang dengan Herve Poncharal (prinsipal pasukan Red Bull KTM Tech3).



“Perkara ini bukan sahih dan semuanya 50-50. Apapun, saya akan cuba buat yang terbaik untuk perlumbaan akan datang dan melihat apakah keputusan yang boleh saya berikan. Saya akan kekal positif dan berita itu masih belum 100 peratus dan saya tak ada apa-apa perbincangan lagi.”

Spekulasi mengenai masa depan Hafizh mula bertiup kencang selepas prestasi pelumba berusia 25 tahun itu dilihat tidak begitu konsisten. Berbanding penampilan pertamanya musim lalu.

Pertukaran jentera kepada KTM turut memainkan peranan kepada kepada prestasi Hafizh musim ini. Tatkala dia dan pasukan masih dalam proses ‘mengenali’ jentera KTM RC16 selepas 20 tahun bersama Yamaha.

Selepas lapan pusingan musim, Hafizh ketika ini mengutip tiga mata. Dengan meraih penamat ke-14 di GP Perancis, Mei lalu dan ke-15 di Litar Assen, hujung minggu lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here