Proton catat pegangan pasaran tertinggi dalam tempoh 47 bulan, X70 terus jadi model paling popular

2021

Selepas mencatat jualan yang baik pada Mei, Proton meneruskan momentumnya untuk mencapai pegangan pasaran tertinggi sejak Julai 2015.

Dengan 7,615 unit terjual pada Jun, ia merupakan angka tertinggi untuk Proton tahun ini, dan memberikan syarikat itu 18.1% pegangan pasaran dalam sektor automotif walauapun jumlah angka industri (TIV) dijangkakan menurun sebanyak 30.8% (42,090 unit).



Secara tradisinya di Malaysia, akan terdapat penurunan mendadak dalam bulan selepas musim perayaan, dan Jun tidak terkecuali.

Tambahan lagi, Jun 2018 merupakan bulan pertama tempoh “cuti” GST, menjadikannya sukar untuk pengeluar-pengeluar mencatatkan angka positif berbanding Jun tahun lepas.

Proton walaubagaimanapun berjaya memperoleh kedudukan kedua dalam tangga jualan untuk bulan ketiga berturut-turut. Ia disebabkan pertumbuhan 23% berbanding Jun 2018.

Ini juga dibantu oleh pertumbuhan jualan keseluruhan sebanyak 61% untuk enam bulan pertama 2019, meletakkan syarikat itu dalam landasan yang betul untuk mencapai rekod jualannya tahun ini.

Secara individu, Proton X70 merekodkan 15,175 unit jualan semenjak diperkenalkan enam bulan lepas.

Ini menjadikan X70 sebagai model paling popupar dalam segmennya, dan penyumbang utama dalam prestasi cemerlang Proton ini.

Tidak lupa juga, model-model lain dalam barisan turut cemerlang. 2,541 unit Proton Saga diserahkan kepada pelanggan pada Jun, iaitu 27% pertumbuhan berbanding enam bulan pertama 2018.

Model-model lain yang kini dilengkapi ciri terkini Proton juga mencatatkan prestasi baik, dengan tampahan untuk Persona, Iriz dan Exora masing-masing memperoleh purata 108%, 180% dan 135% kenaikan berbanding tempahan model-model sebelum kemaskini.

Proton juga mengumumkan bahawa setakat hujung bulan Jun, syarikat nasional itu kini mempunyai 91 cawangan 3S/4S, iaitu angka tertinggi bagi mana-mana syarikat automotif di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here