Perodua jalin kerjasama dengan KPDNHEP bendung produk, alat ganti tiruan

118

Rawang, Dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan
di pasaran, Perodua mengambil inisiatif dengan menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh semalam.

“Kami sedar bahawa terdapat banyak produk dan alat ganti tiruan di pasaran yang
menggunakan jenama Perodua dan sebahagiannya sukar dibezakan dengan yang tulen.

Ini termasuk minyak pelincir, penapis minyak, penyerap kejutan (shock absorbers) dan pad brek,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.
“Perkara ini amat membimbangkan kerana barangan tersebut merupakan barangan kritikal.

Pelanggan boleh terpedaya membeli dan menggunakan barangan tiruan ini pada kenderaan
mereka – ini bukan sahaja akan membatalkan waranti tetapi boleh menjejaskan
keselamatan dan keadaan kenderaan mereka,” katanya lagi.KPDNHEP

KPDNHEP

Perodua semalam, bersama-sama dengan pengedar servis dan stokis terpilih telah
menyampaikan taklimat menyeluruh kepada kira-kira 120 pegawai penguatkuasa
KPDNHEP, memberi pengenalan kepada pelbagai produk dan alat ganti Perodua, di mana
produk dan alat ganti tersebut dijual, aliran logistik dan kaedah membezakan barangan tulen dan tiruan.

Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut adalah Timbalan Pengarah Penguatkuasa
(Pencegahan) KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada KPDNHEP, Tuan Suhaimi Mat Sari dan pegawai-
pegawai penguatkuasa kerana sudi menyertai inisiatif kami ini.

Kami berharap sesi ini memberi manfaat serta membantu tugas mereka untuk mengesan, mengenalpasti dan membanteras barangan tiruan Perodua di pasaran.

“Kami menggesa orang ramai agar tidak terjebak dengan taktik peniaga-peniaga tidak
bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan Perodua. Beli dan pakailah produk dan
alat ganti tulen Perodua daripada stokis-stokis kami yang sah atau mana-mana pusat servis Perodua di seluruh negara.KPDNHEP

“Produk dan alat ganti tulen Perodua boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan
memberikan ketenangan minda yang sepenuhnya. Sebagai alternatif, kami juga
menawarkan produk dan alat ganti ProGanti, yang lebih mampu milik dan tetap diuji serta
diperakui Perodua.

“Kami amat mengambil berat mengenai anda dan kenderaan anda. Ini merupakan
sebahagian daripada Pengalaman Perodua, yang menjadi bukti kesungguhan dan iltizam
kami untuk sentiasa mengatasi jangkaan dan mengekalkan kesetiaan anda,” tambahnya.

Komen anda mungkin membantu