Ford Ranger dinobatkan Malaysia Pick-Up Truck of the Year 2019

2434

Ford Ranger baru-baru ini dianugerahkan sebagai Malaysia Pick-Up Truck of the Year 2019 dalam Frost & Sullivan Best Practices Awards.

Ranger mengalahkan pesaing-pesaingnya dalam kategori sama berdasarkan kriteria seperti perkembangan, pegangan pasaran, strategi pasaran, tujuan jualan dan kelebihan kompetitif.



Anugerah dari Frost & Sullivan itu merupakan anugerah terbaharu yang diperoleh Ranger selepas ia memenangi pelbagai anugerah lain seperti ‘Best Pickup Trucks of Malaysia’ 2019 di Cars of Malaysia Awards, ‘Pickup Truck of the Year’ dalam 2019 DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY), ‘Pickup Truck of the Year’ di 2018 Malaysia Car of the Year (COTY), Gold for ‘Pickup Truck of the Year’ dalam Carlist.my People’s Choice Awards & Editors’ Choice Award 2018, dan TopGear Chinese Editor’s Choice Pick-up Truck of the Year Awards 2018.

Penerima-penerima anugerah Frost & Sullivan Best Practices Awards dikenalpasti berdasarkan temubual mendalam, analisis dan kajian tambahan yang dijalankan oleh penganalisa Frost & Sullivan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here