Fabio Quartararo lega banyak selekoh kiri di Sachsenring

146

Karakter litar Sachsenring yang mempunyai 10 selekoh kiri ‘melegakan’ Fabio Quartararo yang baru tiga minggu menjalani pembedahan di bahagian tangan kanannya meskipun mengakui trek berkenaan bukan kegemarannya.Fabio Quartararo 

Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) itu mempamerkan tunggangan baik di Grand Prix (GP) Belanda minggu lalu di tempat ketiga meskipun masih merasai sakit di bahagian tangannya di Litar Assen yang mempunyai 12 selekoh kanan. 

Susulan itu, Quartararo yang setakat ini sudah merekodkan dua penamat di podium dan tiga petak utama perlumbaan berkata. Jarak masa antara dua perlumbaan itu digunakan sebaiknya untuk merehatkan tangannya. 

Sachsenring adalah sebuah litar yang mungkin boleh menyajikan sesuatu sangat bagus buat kami,” katanya. 

“Adalah sesuatu yang positif untuk tiba di sana kerana di Assen. Saya boleh merehatkan kecederaan tangan saya apabila berada di selekoh kiri dan Sachsenring pula mempunyai banyak selekoh kiri!.

“Saya mahu berehat dalam beberapa hari ini sebelum memulakan minggu perlumbaan dengan baik. Ia bukan litar kegemaran saya, tetapi dengan keadaan fizikal ketika ini, ia mungkin menjadi trek yang baik untuk kami – dan ia juga satu litar yang bagus untuk Yamaha YZR-M1 juga.”

Selepas lapan pusingan, Fabio Quartararo atau dikenali ‘El Diablo‘ sudah mengumpul 67 mata untuk berada di tangga keenam keseluruhan carta pelumba MotoGP. Fabio Quartararo

Malah, pelumba dari Perancis itu juga sedang mendahului carta pelumba muka baharu (rookie). Dengan kelebihan 37 mata daripada Joan Mir yang berada di tangga kedua. 

Sementara itu, rakan sepasukannya Franco Morbidelli bakal turun beraksi di Sachsenring buat kali pertama dalam kelas MotoGP selepas tidak beraksi di litar berkenaan tahun lalu kerana mengalami kecederaan. 

“Saya tidak pasti apakah jangkaan di Sachsenring tetapi ia adalah litar yang saya sangat gemari. Katanya yang pernah meraih kemenangan di sana dalam kelas Moto2 pada tahun 2017. Musim yang menyaksikan dirinya bergelar juara keseluruhan dalam kelas pertengahan itu.

Komen anda mungkin membantu