Volvo catat jualan tertinggi bagi separuh pertama 2019

1239

Volvo Cars melaporkan jualan setengah tahun pertama pada 2019 mencatat sebanyak 340,826 kereta, naik 7.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Syarikat itu menjual 317,639 kereta dalam enam bulan pertama tahun 2018.

Pasaran China, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah melaporkan pertumbuhan mantap dalam tempoh enam bulan. China mencatatkan jumlah tertinggi sejak separuh pertama dan pada jualan Jun. Dalam tempoh itu, Volvo berkembang secara konsisten lebih cepat daripada pesaing premiumnya. Dengan itu memperoleh bahagian pasaran di seluruh rantau ini.



Volvo XC60

Prestasi separuh pertama dipengaruhi permintaan berterusan untuk SUV menerusi model yang sudah memenangi anugerah Volvo. Ia diketuai model XC60, diikuti oleh XC40 dan XC90. Model terbaru syarikat itu, V60 Cross dan sedan yang dibina atas platform S60 turut menyumbang kepada kenaikan jumlah jualan. Volvo juga telah memulakan penghantaran pertama hibrid kepada pelanggan.

Volvo XC40

Jun lalu, Volvo menjual 62,775 kereta, iaitu turun 2% jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu. Kejatuhan itu berpunca daripada pasaran Eropah di mana jualan merudum sebanyak 9% kepada 30,234 unit.

Pasaran terbesar Volvo di Eropah iaitu Sweden turut mencatat penurunan sebanyak 41.7% kepada 5,762 kereta. Bagaimanapun, ini kerana pasaran itu menyaksikan jumlah penyerahan kereta yang luar biasa pada tempoh sama tahun lalu berikutan pelaksanaan cukai pelepasan baru atau Bonus Malus.

Jualan Volvo di AS mencecah 50,120 unit pada separuh pertama tahun ini, naik 5.2% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. SUV yang popular di rantau itu membabitkan XC90, XC60 dan XC40 turut menyumbang kepada pertumbuhan volum untuk tempoh berkenaan. Pada bulan Jun, jualan AS mencapai 9,934 kereta, naik 0.7 peratus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here