Penunggang Ojek ini pasang skrin sesentuh di belakangnya, hilangkan bosan penumpang?

1631

Pelbagai cerita dan ragam muncul dalam dunia Ojek. Terbaharu ialah penunggang yang memasang skrin sesentuh di belakang jaketnya.

Ia mula dikongsikan oleh akaun Instagram @dramaojol.id dari Indonesia. Tidak pasti motifnya, namun ia memang menarik perhatian.



Skrin yang dipasang di jaket itu kelihata seperti sebuah tablet dari segi saiznya, dan dipasang klip-klip video dan drama.

Jika ia boleh dioperasikan oleh penumpang di belakang, pastinya memberi lebih kemudahan dan kesenangan.

Samalah diibaratkan kereta mewah yang mana ada skrin di belakang tempat duduk depan, untuk tontonan penumpang belakang.

Sementara tunggu lampu isyarat bertukar hijau, boleh pilih apa yang nak ditonton, dan bila motosikal bergerak, layan sahaja.

Antara komen menarik di perkongsian Instagram itu ialah, “Kalian hidup di tahun 2019, tetapi dia sudah di tahun 2099.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here