Lotus kini mempunyai hypercar dengan 1000hp, dinamakan Evija

1995

Disebut sebagai “e-vi-ya”, nama ini bermaksud ‘yang pertama wujud’ atau ‘yang hidup’. Ia kereta paling canggih pernah dihasilkan oleh Lotus.

Ia juga merupakan kereta serba baharu pertama syarikat itu sejak 2008, dan akan membuat kemunculan rasmi dalam satu acara eksklusif di tengah kota London pada 16 Julai ini.

Imej: Autocar

Lotus mendakwa bahawa Evija merupakan vija merupakan hypercar elektrik sepenuhnya yang pertama dibina dan dijual oleh pengeluar British.



130 unit akan dihasilkan, dan jumlah ini lebih tinggi sedikit dari anggaran awal kerana ‘beberapa ratus bakal pemilik menunjukkan minat terhadap kereta ini’.

Angka 130 itu juga serupa dengan nama Type 130 yang diberi pada model ini asalnya. Ia mewakili nombor model inovatif yang telah dihasilkan oleh syarikat Norfolk itu dalam sejarah 71-tahun.

Type 14 Elite dari 1957 dikatakan sebagai kereta produksi pertama di dunia menggunakan monocoque komposit dan Type 111 (kereta jalanan pertama di dunia menggunakan aluminium dan pembinaan pelekat gam) kemudian menjadi Elise.

Evija akan dipasang di kilang Norfolk bersama model-model Lotus lain. Walaubagaimanapun, struktur gentian-karbonnya akan dibina di Hethel.

Gambar rasmi menunjukkan bahawa Evija sangat rendah dan lebar. Menurut Russell Carr, Evija akan mempunyai panjang yang sama dengan Evora. Cuma ia akan lebih lebar dan lebih rendah.

Rekabentuk kabin seperti air mata adalah sama seperti hypercar lain seperti Aston Martin Valkyrie, rekaan ini membenarkan aliran udara yang baik di sekelilingnya.

Downforce akan dijana dari diffuser bawah badan, tambahan kepada elemen-elemen sayap bergerak dan sistem DRS (drag reduction system) seperti Formula 1.

Untuk menambah lagi prestasinya – terutamanya di litar – panel nombor plat belakang boleh ditanggalkan.

Tiada maklumat lanjut mengenai powertrain, tetapi ia dibangunkan bersama Williams Advanced Engineering. Ini menjadikan Evija sebuah kolaborasi antara dua nama terbesar dan tersohor dalam sejarah Formula 1.

Ia akan menghasilkan lebih dari 1000hp dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 400km. Pek bateri akan dipasang di belakang kabin, dan kuasa dihantar ke semua roda.

Dalam kabin pula akan terdapat banyak bahagian gentian karbon dan instrumen digital. Tetapi kereta ini akan mendapat suis-suis fizikal dan bukan skrin sesentuh.

Carr berkata, “Anda mahu boleh mencapai suis tanpa mengalihkan pandangan dari jalan dalam kereta sebegini.”

Carr juga berkata, kabin Evija akan lebih luas dari vija akan lebih luas dari hypercar seperti Aston Martin Valkyrie dan Ford GT, dengan tempat duduk boleh laras dan bukan pedal boleh laras.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here