Rossi tidak lagi setanding dengan pesaing- Agostini

1552

Lagenda lumba motosikal Giacomo Agostini percaya, Valentino Rossi tidak lagi setanding dengan pesaing utama MotoGPnya. Rossi tetap layak mendapat pujian kerana masih lagi mampu bertarung dan nikmati perlumbaan.

Giacomo Agostini Lagenda MotoGP

Giacomo Agostini pernah memenangi 15 gelaran grand prix. Lapan dalam kelas 500cc, antara 1966 dan 1975.Merupakan pelumba paling berjaya di kelas utama.

Menurut lagenda yang memasuki usia 77 tahun, Rossi yang berusia 40 tahun terpaksa berjuang untuk mengatasi pesaingnya yang lebih muda.”Valentino melakukan apa yang dia boleh, tetapi dia tidak dapat bersaing dan ini menimbulkan masalah baginya.”



Valentino telah banyak meraih kejayaan, tetapi tahun kegemilangannya telah berlalu dan ini berlaku pada semua orang.

“Kita semua mahu dia berada di sana lagi, sentiasa menjadi nombor satu, tapi saya fikir ia jelas kepada semua orang bahawa lawannya lebih kuat.” kata-kata ikhlas dari lagenda MotoGP.

Giacomo Agostini di zaman kegemilangannya

Pada pandangan Agostini, Valentino seronok dan masih mahu berlumba. Valentino mahu berada di dunia itu dan walaupun dia mendapat tempat keempat, kelima dan tidak menang. Rossi tetap menikmati perlumbaan serta memuaskan hati sendiri.

Rossi dalam aksi MotoGP

Agostini yakin, Rossi boleh mengubah dan membentuk Yamaha, kerana pasukan itu akan bergantung kepada arahannya. Kerana beliau yang paling banyak pengalaman dengan motosikal Yamaha.

Mengakhiri ulasannya, Giacomo Agostini berkata, “Secara teknikal saya fikir dia tahu lebih banyak daripada pelumba lain, andai terdapat sesuatu yang salah dengan jentera Yamaha dan ada sesuatu yang perlu diubah, penilaian dan keputusannya akan menjadi yang terbaik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here