Sasaki raih petak utama Moto3 GP Jerman

1552

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki mengotakan komitmennya di litar kegemarannya, Sachsenring apabila meraih petak utama bagi perlumbaan Grand Prix GP Jerman dalam kelas Moto3, sebentar tadi.GP Jerman

Lebih manis, petak utama itu juga secara secara tidak langsung menjadikan beliau muncul selaku pelumba Jepun pertama meraih petak utama saingan sejak Youichi Ui di GP Afrika Selatan pada 2003 dalam kelas 125cc.

Sasaki yang meraih minggu menakjubkan di Litar Sachsenring, melakukan 1 minit 26.135 saat pada sesi kelayakan kedua manakala rakan senegaranya. Kaito Toba (Honda Team Asia) – pemenang GP Qatar – bakal bermula dari petak kedua selepas mencatat 1’26.192s.



Melengkapkan barisan depan adalah pelumba Leopard Racing, Marcos Ramirez, 0.171s di belakang Sasaki.

“Sesuatu yang menakjubkan pada minggu ini dan saya berasa amat baik sejak Jumaat,” kata Sasaki.

“Saya berdepan detik sukar di sepanjang musim ini dan tidak cukup kuat untuk memberikan saingan di kelompok depan.

“Namun, pada akhirnya kami menemui sesuatu dan mentaliti saya juga turut berubah. Saya gembira dengan keputusan ini dan akan memberikan tumpuan penuh untuk perlumbaan esok.”

GP Jerman

Rakan sepasukan Sasaki dari Scotland, John McPhee pula bakal memulakan 27 pusingan perlumbaan esok dari petak ke-10 selepas mencatat 1’26.853s. Berada di baris keempat bersamanya adalah Alonso Lopez (Estrella Galicia 0,0) dan Can Oncu (Red Bull KTM Ajo).

“Kami perlu cuba menjimatkan penggunaan tayar kerana ia memainkan peranan utama di sini,” kata McPhee.

“Ini kerana banyak selekoh laju dan tayar akan menjadi cepat haus. Namun daripada sudut kelajuan perlumbaan, saya dapat kekalkan catatan sepusingan yang baik (konsisten) dalam banyak pusingan dan ia akan menjadi kelebihan dalam perlumbaan esok.”

Selepas lapan pusingan musim, pelumba berusia 19 tahun itu sudah mengumpul 22 mata untuk berada di tangga ke-20 keseluruhan manakala McPhee yang meraih kemenangan di GP Perancis kelapan dengan 58 mata.

Pendahulu carta keseluruhan ketika ini dari pasukan Sterilgarda Max Racing Team, Aron Canet pula bakal bermula dari petak ke-22 selepas mencatat, 1’27.164s pada sesi kelayakan pertama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here