Mahu bangkit di GP Republik Czech – Jentera ‘lemau’ buat Hafizh derita

2246

UMPAMA tiada kesudahan. Itu mungkin paling tepat menggambarkan situasi yang dialami pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah apabila sering berdepan dengan masalah jentera dengan terbaru di Grand Prix (GP) Jerman, semalam tapi mahu bangkit di GP Republik Czech.GP Republik Czech

Meskipun bermula di petak ke-18, pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu gagal untuk memungut mata ekoran masalah jentera yang menyukarkannya ketika berlumba dan akhirnya sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-16.

 

“Permulaan saingan sangat bagus tetapi selepas 10 pusingan kami mula berdepan masalah.



“Saya masih cuba mengekalkan kepantasan jentera tetapi ia semakin perlahan. Agak sukar untuk mendapatkan cengkaman ketika membelok ke kiri,” katanya.

Jelas Hafizh lagi, jenteranya mudah untuk berpusing beberapa kali ketika perlumbaan itu.

“Saya tak dapat menunggang jentera dengan baik dan sangat bergelut terutamanya untuk mengawal situasi di sebelah kiri.

“Saya perlu terus bekerja keras walaupun selepas ini saingan berehat seketika di GP Republik Czech .

“Saya harap rakan sepasukan dapat terus menjalankan tugas dengan baik dan cuba untuk mencari ruang memperbaiki beberapa kelemahan jentera,” katanya.

Selepas sembilan pusingan, Hafizh kini menduduki tempat ke-25 kedudukan pelumba MotoGP dengan memungut tiga mata.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di GP Republik Czech, 4 Ogos depan.

Hafizh Syahrin Abdullah (lahir 5 Mei 1994) adalah pelumba motosikal Malaysia. Pada tahun 2018, beliau menjadi yang pertama pernah di Asia Tenggara untuk mengambil bahagian dalam kategori MotoGP.

Hafizh dilahirkan pada 5 Mei 1994 di Selangor, Malaysia, dan dibesarkan di Selangor. Dia memulakan kariernya pada usia 9 tahun, dengan basikal poket; dia akhirnya memperoleh gelaran “King of Pocket Bikes”, apabila dia ditemui oleh pengurus pasukan Barry Leong secara kebetulan secara kebetulan. Tidak lama sebelum bakatnya mula menunjukkan kemunculan lumba basikalnya pada tahun berikutnya. Mendominasi kategori basikal saku tidak lama selepas itu, dia ditemui oleh Leong di salah satu trek basikal saku.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here