Honda Malaysia pertahan kedudukan kedua untuk separuh pertama 2019

1620

Honda Malaysia mempertahankan kedudukannya sebagai jenama bukan nasional No.1 di Malaysia dan tempat kedua keseluruhan TIV (total industry volume) untuk separuh pertama 2019.

Syarikat itu telah mendaftarkan lebih dari 44,200 unit dalam tempoh itu, menyumbang kepada 15.3% pegangan pasaran. Jumlah jualan tertinggi direkodkan pada Mei, dengan lebih dari 10,500 unit.



City telah diumumkan sebagai model paling laris dalam segmen-B, merangkumi 34% dari jumlah jualan keseluruhan.

Model kedua terlaris ialah HR-V, yang diperbaharui pada Januari tahun ini, mencapai 20% dari jumlah jualan. Ini diikuti oleh CR-V, dengan 14%.

Barisan model Honda seperti Jazz, City, HR-V, CR-V dan BR-V terus mendahului pasaran dalam segmen masing-masing.

Bersama dengan pengumuman ini, Honda Malaysia turut memperkenalkan Tech Frontier Rewards iaitu inisiatif kepada pelanggan yang menyesuaikan diri mereka dengan teknologi-teknologi termaju Honda seperti Honda SENSING, Turbo dan Sport Hybrid i-DCD.

Kempen ini menawarkan Honda Bonus, Tech Month Bonus dan Exclusive Gift bernilai sehingga RM5,000. Ia tertakluk kepada semua model kecuali Civic Type-R, dan berlangsung dari 1 Julai hingga 30 September 2019.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here