MINI Malaysia perkenal program penyelenggaraan 60 bulan

1273

MINI Malaysia memperkenalkan program MINI Service + Repair Inclusive Programme atau MSRI sebuah program servis berjadual percuma 60 bulan (5 tahun).

Ia sebagai menyambut ulangtahun ke-60 jenama ikonik itu dan program ini ditawarkan khas kepada semua pembeli MINI baharu yang mendaftar kenderaan mereka bermula hari ini hingga 31 Ogos 2019.



Servis yang ditawarkan melalui program ini sejajar dengan sistem Servis Berasaskan Kondisi (“Condition Based Service” atau “CBS”) dan ia merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, serta servis untuk penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek.

Di samping itu, Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan juga boleh didapatkan oleh pelanggan pakej gerombongan (fleet packages), kenderaan dikecualikan duti serta Program Kepulangan Pakar (REP).

Maklumat lanjut mengenai Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan yang bertempoh masa terhad ini boleh didapati daripada semua wakil pengedar MINI Malaysia yang bertauliah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here