Caltex memacu pemanduan terpantas ke puncak Gunung Doi Chang

2350

Chevron Malaysia Limited mengumumkan bahawa Caltex dengan Techron yang terdapat di stesen berdekatan anda adalah minyak yang sama memacu sebuah kereta berusia 28 tahun puncak Gunung Doi Chang.

Pemanduan oleh pemandu lumba profesional Jamaica-China, Natasha Chang, itu menerima anugerah Guinness World Record sebagai “Pendakian Terpantas ke Puncak Gunung Doi Change Menggunakan Kereta”.



Rekod pemanduan ke puncak gunung setinggi 1,000m itu dibuat oleh Natasha bersama hos KC Montero dalam masa 6 minit 52.692 saat, menjadikannya rekod pemanduan paling menakjubkan di Asia.

Pemanduan itu disiarkan dalam siri dua bahagian Record Rides di saluran National Geographic. Caltex merupakan rakan siaran dan cubaan itu adalah sebahagian dari Fuel Power Challenge.

Sementara itu, Dato’ Hans Isaac yang juga rakan selebriti Caltex Malaysia berpendapat bahawa pencapaian rekod dunia itu menunjukkan bahawa bahan api Caltex mampu membantu enjin memperoleh pencapaian menakjubkan.

“Sebagai seorang yang suka mencabar diri saya supaya pergi lebih jauh, hal ini memberi inspirasi kepada saya untuk mencuba sendiri kebolehan Caltex dengan Techron, di jalanraya Malaysia,” katanya.

Hans bersama rakannya, Man akan mencuba memandu ke puncak Cameron Highlands di dalam sebuah Proton Saga tahun 1985.

“Anda harus nantikan untuk melihat sama ada saya berjaya atau tidak,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rekod Guinness World Record “Pendakian Terpantas ke Puncak Gunung Doi Change Menggunakan Kereta”, lawati https://caltexrecordrides.com/.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here