Gudang rahsia tersimpan puluhan Nissan Skyline

9032

Satu video yang viral di Youtube, seorang lelaki dari Australia dengan nama Sammit menemui satu gudang di Jepun penuh dengan Nissan Skyline.

Video yang ditonton lebih 3 juta itu menjadi viral dengan kawasan itu dipenuhi dengan kereta kegilaan peminat Nissan Skyline di seluruh dunia.

Berdasarkan video itu, ia dirakam di Trust Kikaku iaitu sebuah firma yang pakar dalam kenderaan Nissan Skyline termasuk Nissan GT-R.



Buat pengetahuan anda juga, Trust Kikaku adalah syarikat yang beroperasi menjual komponen kenderaan dalam talian (online). Jadi untuk mencari komponen Nissan Skyline, buka saja laman sesawangnya dan anda akan mendapati bermacam jenis komponen jentera itu.

Syarikat berkenaan terletak di Minaba, Shimotsuma, Ibaraki yang terletak kira-kira 80km daripada Tokyo, Jepun.

Dalam rakaman video itu, gudang rahsia itu terletak kira-kira 10 minit daripada Trust Kikaku.

Di bahagian luar gudang itu, penuh dengan kerangka pelbagai model Skyline yang disusun rapi. Sebaik memasuki gudang rahsia itu, penuh dengan kenderaan yang ‘rare’ membabitkan R32, R33 dan R34 dalam pelbagai varian yang kondisi lebih baik.

Menariknya, boleh dikatakan semua kenderaan itu dibungkus dengan plastik. Paling mengejutkan harganya boleh dikatakan tidak masuk akal.

Ada juga model R34 empat pintu dengan enjin NA hanya USD2,000 (RM8,300) seunit. Manakala R34 GTT (25GT Turbo) pula berharga cuma USD9,000 (RM38,000).

1 KOMEN

  1. Masih adakah Nissan Skyline ER34 di Malaysia. Berapa harga Nissan Skyline ER34 di Malaysia. Kalau ada, saya nak beli satu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here