Honda City 2020 bakal peroleh 1.0-liter turbo?

8158

Honda City generasi sekarang telah berada dalam pasaran sejak 2014. Dan setelah Civic serta Accord, kedatangan generasi terbaharu City tidak sukar untuk diramal. Tetapi, apa yang ada untuk City generasi akan datang?

Menurut laporan dari Autoindustriya yang memetik sumber dari Headlightmag, City serba baharu dijangka diperkenalkan hujung tahun ini. Sedan segmen B yang berkongsi pelantar dengan Jazz/Fit itu dikatakan bakal menerima enjin baharu 1.0-liter turbo 3-silinder.



Nanti dulu, sebelum anda persoalkan kemampuan enjin bersaiz kecil ini untuk naik ke Genting Highlands, ketahuilah bahawa kuasa dan tork akan diberi peningkatan. Enjin turbo 1.0-liter itu mampu menjana 129 PS (City sekarang berkuasa 120 PS atau 118 hp).

Tork pula bakal melihat lebih peningkatan. Berbanding City sekarang yang mempunyai 145 Nm, enjin 3-silinder turbo itu akan menjana 200 Nm (55 Nm lebih).

Transmisi berkemungkinan besar unit yang sama iaitu CVT. Beberapa pasaran asing mungkin memperoleh pilihan manual 6-kelajuan juga. Mari berdoa agar berlaku keajaiban dan pasaran Malaysia diberi manual.

Honda Civic 1.0-liter VTEC Turbo, Honda UK

Menurut laporan itu lagi, enjin 1.0-liter itu kini ditawarkan pada Civic untuk pasaran Eropah. Dengan itu, tidak mustahil enjin 1.5-liter pada City sekarang akan turut ditawarkan pada City 2020 sebagai varian asas. Ini sama seperti CR-V dan Civic yang mempunyai enjin generasi lama sebagai pilihan untuk varian terbawah.

Dari segi rupa, sudah tentu akan menerima pembaharuan juga. City 2020 akan mendapat muka depan lebih menyerlah dengan lampu menaik yang nipis. Bumbungnya mungkin direka dengan ciri fastback seperti pada Civic dan Insight.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here