International Motomania Of Kuala Lumpur 2019-Memberikan kejutan

3029

Benar seperti yang dijanjikan oleh Penganjur International Motomania Of Kuala Lumpur 2019, suatu kelainan akan diadakan.Walaupun pelbagai permasaalahan yang timbul.

Namun kekentalan pihak penganjur dalam menangani isu-isu tersebut sehingga berlangsungnya acara boleh diibaratkan “Alang-Alang Menyeluk Pekasam,Biar Sampai Ke Pangkal Lengan.”



IMKL 2019 yang julung kali diadakan.Pusat Pelancongan Malaysia(Matic) berhampiran KLCC adalah tapak berlangsungnya acara.Satu keputusan yang tepat dimana lokasi ini adalah strategik.Walaupun tapak ini dipilih di saat-saat akhir.

Tujuan

Acara yang bertujuan menghimpunkan pelbagai jenis motosikal serta menyatukan para penunggang dari segenap lapisan tanpa mengira apa jenis,jenama dan kapasiti motosikal.

Aktiviti

Terdapat aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari dan sepanjang malam, jadi pengunjung tidak akan merasa bosan sepanjang masa.

Dapat diperhatikan, begitu ramai sekali pelancong dari luar negara yang mengambil kesempatan melihat dari dekat acara perkumpulan motosikal di Bandaraya Kuala Lumpur.

Seperti di mana-mana acara permotoran kehadiran vendor memeriahkan lagi acara.Pengunjung berpeluang memilih dan membeli pelbagai barangan motosikal yang diperagakan oleh lebih dari 40 vendor.Terdapat juga vendor dari negara Indonesia dan Thailand.

Pembekal produk motosikal dan motosikal premium turut hadir termasuk Harley-Davidson dari Petaling Jaya, Aprilia Malaysia, Moto Guzzi Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor, Ducati Malaysia dan Shell Advance Malaysia dan Royal Enfield.

Disamping itu, FS Bike juga mempamerkan produk mereka seperti kereta mewah (termasuk Mustang Ford).

Artis jemputan

Kemunculan artis 80an yang di gabungkan dengan artis 90an iaitu Blank Gamma,Datuk Awie,Mus May,Bandi Amuk,Asheed Def Gab C,Nik Putra,Hatta Junction,Ali Lela,Nizam Laksmana, Afee Uthopia dan Dwan Olan berjaya memukau penonton dengan lagu popular masing-masing.

Persembahan dari grup Lost Cowboy secara santai cukup menarik.Lost Cowboy satu grup motosikal yang tidak lokek memberikan persembahan mereka di mana jua acara permotoran yang di hadiri.

Ini lah julung kalinya acara permotoran yang berjaya menampilkan artis sebegini ramai.

Kehadiran Ketua Setiausaha Negara,Datuk Seri Ismail Bakar menambahkan keceriaan dan sekaligus membuktikan acara IMKL 2019 ini mendapat sambutan serta pengiktirafan Kerajaan.

Beliau meluangkan masa hampir 2 jam melawat sekitar booth dan tidak melepaskan peluang mencuba motosikal yang yang dipamirkan.

Susunan khemah yang cukup cantik dengan kehadiran peniaga makanan(food truck) membuktikan penganjur berusaha memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung.

Hadiah utama cabutan bertuah ialah sebuah motosikal Yamaha Y15 sumbangan Wp Hotel,Kuala Lumpur.Terdapat juga pelbagai hadiah sampingan yang di sediakan bagi pengunjung yang bertuah.

Pertandingan Queen Of IMKL,sememangnya belum pernah di praktikkan di mana-mana acara permotoran di negara kita.

IMKL 2019 telah memecah tradisi di samping menaikkan martabat kaum wanita sebagai penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Queen Of IMKL merupakan pertandingan yang melibatkan penunggang Wanita di dalam aktiviti permotoran.Seramai 12 orang peserta berjaya ke Peringkat Akhir.

Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada Penganjur International Motomania Of Kuala Lumpur 2019.Dentuman dan ngauman enjin motosikal selama 3 hari di sepanjang acara membuktikan penganjuran IMKL 2019 mendapat tempat di hati Peminat Dua Roda.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here