X70 – Dari China ke Malaysia, dan kini merantau ke China semula

2122

Sebanyak 5,500 unit Proton X70 telah diserahkan kepada pelanggan sejak ia dilancarkan. Buat masa ini, kesemua X70 adalah versi CBU (diimport sepenuhnya).

Sekumpulan pemilik yang teruja dengan kelebihan X70 telah menganjurkan pemanduan sejauh 13,000 km. Perjalanan ini akan melalui empat negara berbeza.



Destinasi mereka ialah Hangzhou, China iaitu pusat bandar rakan kongsi Proton, iaitu Geely.

Dimulakan dengan sesi pelepasan di Pusat Kecemerlangan PROTON di Shah Alam, keseluruhan perjalanan yang disertai seramai 33 peserta ini akan mengambil masa kira-kira 33 hari untuk sampai ke destinasi.

Di Hangzhou, peserta akan berpeluang untuk melawat Pusat Pengalaman Geely dan mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Geely berubah menjadi salah satu syarikat automotif yang paling berkembang maju serta turut berpeluang untuk melihat model-model terbaharu Geely.

Bagi PROTON, perjalanan ini dilihat sebagai satu peluang untuk mempamerkan Proton X70 kepada pembeli di pasaran luar negara, terutamanya di negara-negara ASEAN, yang merupakan kunci utama bagi percambahan jualan pada masa hadapan.

Ia juga akan membuktikan bahawa model SUV ini mampu dipandu dalam pelbagai persekitaran yang berbeza dan keadaan-keadaan jalan raya ketika ia bergerak dari Malaysia ke China.

Setelah melengkapkan perjalanan mereka ke Hangzhou, peserta akan pulang ke Malaysia melalui laluan yang berbeza, dengan destinasi akhir adalah di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here