Jaguar Land Rover menang saman ke atas Evoque tiruan

1789

Jaguar Land Rover telah memenangi kes saman ke atas Jiangling Motor Corporation kerana menghasilkan Range Rover Evoque tiruan dengan Landwind X7. Ia dikatakan telah “menyebabkan kekeliruan pengguna” kerana persamaan antara dua kenderaan itu.

Range Rover Evoque. Imej: kbb.com

Mahkamah Beijing Chaoyang mengatakan Evoque mempunyai lima ciri unik yang ditiru terus oleh Landwind X7. Ia menetapkan bahawa semua jualan, pengeluaran dan pemasaran Landwind X7 mesti dihentikan serta-merta, dan Jaguar Land Rover harus dibayar pampasan.

Landwind X7. Imej: Motor1

Kes tiruan Evoque ini telah dibawa ke mahkamah sejak 2015 oleh kumpulan syarikat Britain itu, yang secara rasminya menyaman Landwind setahun kemudian.



Ketua bahagian undang-undang Jaguar Land Rover, Keith Benjamin berkata, “Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Beijing ini. Ia akan mengukuhkan keyakinan kami dalam melabur di China dan penghakiman hak intelek di mahkamah China.

“Keputusan ini ialah petanda jelas bahawa undang-undang dijalankan dengan sepatutnya untuk melindungi pengguna. Ia juga membela hak mereka supaya tidak dikelirukan, yang juga melindungi pelaburan dalam reka bentuk dan inovasi,” tambahnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here