Komuniti motosikal Malaysia harumkan nama negara #MaluApaBossku

2014

Selepas isu prototaip Kereta Terbang di LIMA 2019 (Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019), nampaknya nama Komuniti motosikal Malaysia akan harum lagi di mata dunia. Ini kerana seorang penunggang motosikal, Sylvain Ratichon Ract yang dikatakan sedang melakukan tunggangan mengelilingi dunia menghadapi masalah brek motosikalnya dicuri ketika berada di Malaysia.

Mengikut perkongsian oleh Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan di Facebook beliau, penunggang dari Australia itu sedang mengelilingi dunia dengan motosikal Yamaha XT660Z Tenere beliau.



Ketika di Pulau Pinang, Sylvain mendapati sistem brek motosikalnya telah hilang. Ya, brake pad dan brake calliper sekali. Siaran Facebook itu telah mendapat lebih 250 Share (perkongsian) di saat artikel ini ditulis.

Tambah merumitkan keadaan, Sylvain masih belum menjumpai wakil pengedar di Malaysia yang mempunyai set gantian untuk breknya. Dia telah menghubungi wakil dari Malaysia, Thailand dan Singapura dan hanya wakil Australia yang mempunyai set brek baharu itu.

Yamaha Tenere 660. Imej: Yamaha Australia

Menurut perkongsian itu juga, set brek itu berharga AU$1,500 (RM4,339) tanpa kos penghantaran.

Tahniah kepada pencuri brek motosikal Sylvain, anda bukan sahaja melambatkan perjalanan Sylvain dan menambah kosnya, malah telah mengharumkan nama Komuniti motosikal Malaysia.

Mungkin selepas ini pengembara motosikal antarabangsa akan mengambil langkah istimewa dengan lebih berhati-hati ketika melalui negara kita. #MaluApaBossku, kan?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here