Satria Neo CUSCO Rally untuk dijual, betul-betul rare!

4822

Kami biasa menyiarkan iklan kereta untuk dijual dan setakat ini, semuanya di Malaysia. Buat pertama kali, iklan ini adalah kereta dari luar negara. Tetapi ia bukanlah kereta buatan luar negara, sebaliknya kereta Proton. Lebih tepat lagi, Satria Neo.

Proton Satria Neo - CUSCO Rally

Proton “Storia” Neo ini terpapar di iklan jualan kereta di Jepun dan dikongsi di dalam laman Facebook JDM Auto Parts Supply & Service.



Dan istimewanya, Satria Neo ini adalah versi ralli yang telah dibina oleh syarikat komponen prestasi, CUSCO. Syarikat ini terkenal dengan komponen aftermarket seperti LSD (limited-slip differential) dan bar-bar pengukuhan casis.

Proton Satria Neo

CUSCO telah membeli dan membawa masuk kereta ini pada 2011 untuk digunakan dalam sukan ralli Junior Rally Championship di Jepun dan sekitar Asia Pasifik.

Enjin CamPro - Satria Neo

Kebanyakan komponen seperti enjin adalah spesifikasi kilang kerana Satria Neo ini dibina mengikuti piawaian dan spesifikasi FIA Group N.

Harga adalah sekitar 480,000 Yen iaitu kira-kira RM17,600. Rare tak ni?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here