Lihat dengan lebih dekat Proton Iriz dan Persona 2019 di Malaysia Autoshow hujung minggu ini!

265

Proton Iriz dan Persona 2019 akhirnya membuat penampilan umum pertama di Malaysia Autoshow 2019 bertempat di MAEPS, Serdang.

Kedua-dua kereta yang dipertingkat itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, diiringi Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton serta Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Iriz dan Persona 2019 mendapat rekaan baharu dengan elemen ethereal bow dan infinite wave dari X70, yang juga merupakan hasil kerjasama syarikat itu dengan Geely.

Untuk bahagian dalaman, Proton telah memberikan unit stereo dipertingkat untuk varian Premium 1.6 AT kedua-dua model. Ciri ini menggunakan eSIM untuk sambungan internet yang membolehkan pengguna membuat streaming muzik, navigasi dan arahan suara “Hi Proton”.

Enjin dan transmisi dikekalkan dari sebelum ini, iaitu 1.3-liter VVT dengan 94hp/120Nm tork dan 1.6-liter VVT dengan 107hp/150Nm tork.

Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi CVT yang telah ditala untuk memberi respon, penjimatan dan pemanduan lebih baik. Transmisi manual 5-kelajuan hanya terdapat pada Standard 1.3.

Galeri Proton Iriz 2019:

Galeri Proton Persona 2019:

Komen anda mungkin membantu