helikopter terbang terlalu rendah, rosakkan kuil

2125

Kesilapan juruterbang helikopter milik syarikat persendirian didakwa punca kerosakan Kuil Sri Mariamman yang terletak bersebelahan Padang Kemunting, Kuantan mengakibatkan kerugian hampir RM50,000.

Presiden pengurusan kuil itu T. Separamaniam mendakwa pada kejadian 6 petang semalam, helikopter itu terbang terlalu rendah dan mengikut laluan yang berbeza menyebabkan atap kuil rosak.



Beliau berkata ia merupakan kejadian pertama seumpamanya walaupun padang itu sering menjadi lokasi pendaratan helikopter, namun laluan yang biasa digunakan adalah dari arah hutan, bukannya dari arah kuil.

“Kejadian semalam berlaku semasa kami sedang membuat persiapan majlis jamuan sambutan Tahun Baharu masyarakat Hindu menyebabkan juadah yang sediakan rosak.

“Atap di dewan makan, dewan perkahwinan dan beberapa kawasan lain juga terjatuh. Nasib baik semasa kejadian tetamu belum tiba ke kuil,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Separamaniam menambah kejadian juga menyebabkan cermin belakang sebuah kereta di hadapan kuil pecah akibat terkena serpihan atap.

Katanya, wakil syarikat helikopter itu ada menghubungi pengurusan kuil untuk menawarkan pampasan sebanyak RM1,000 yang disifatkannya sebagai tidak munasabah untuk membaiki kerosakan tyang berlaku.

“Kami tidak meminta pampasan yang tinggi sebaliknya mahu mereka membaiki semula kerosakan yang berlaku dan kita harap mereka lebih bertimbang rasa dalam hal ini,” katanya.

Separamaniam menambah pihaknya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam berhubung insiden itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here