Dilahirkan tanpa kaki, bukan penghalang untuk pandu Porsche

1606

Walaupun dilahirkan tanpa kaki, Manfred Huber 52 tahun,bermimpi untuk memiliki, memandu, dan menjaga kereta Porsche sejak kecil.

 



Dia seorang yang kreatif. Dia telah mengubahsuai Porsche 911 T klasik dengan kawalan tangan untuk mengendalikan bukan sahaja klac, tetapi juga minyak dan brek.

“Transmisi automatik dan penyejuk udara ini 911 tidak perlu bagi saya.” jelas Huber. “Sebab itulah saya memasang tuil kedua ini. Ia mengendalikan pendikit, brek dan klac.

Di rumah, saya juga mempunyai 991 Cabriolet dengan Tiptronic, tetapi itu hanya untuk perjalanan jauh dengan isteri saya. 

Porsche 911 Huber dengan warna hijau cerah serta rim oren, ia tidak mempunyai beg udara, radio, pemanas pendingin udara. Hanya rim Sparco, tempat duduk jenis bucket yang di kategorikan bersesuaian dengan keadaan fizikal beliau dan kawalan tangan yang telah di modifikasi.

Manfred Huber begitu seronok memandu Porsche kesayangannya, gaya pemanduan dan kekerapan beliau memandu kereta ini,seolah-olah sama seperti pemandu yang lain memandu Porsche 911 berkeadaan asal .

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here