Toyota Yaris 2019 dilancar secara rasmi, Vios kontot yang lebih sporti

4888

Setelah sekian lama, UMW Toyota Motor kini mempunyai model hatchback untuk pasaran Malaysia dengan pengenalan Toyota Yaris 2019 hari ini.

 



Tiga varian diperkenalkan;

Yaris J: RM70,888

Yaris E: RM76,888

Yaris G: RM83,888

Pesaing terdekat Honda Jazz ini dibina berdasarkan platform Vios dan dipasang di kilang pemasangan terbaharu UMW Toyota di Bukit Raja, Klang.

Luaran

Untuk penggayaan luaran, Yaris G dilengkapi lampu depan projektor dengan DRL LED, rim aloi dua tona 16-inci dan lampu belakang LED.

Hatchback ini ditawarkan dalam lima pilihan warna; Super White, Silver Metallic, Attitude Black, Red Mica Metallic dan Citrus Mica Metallic yang unik kepada Yaris ini.

Anda juga boleh memilih untuk menambah aksesori kit badan berharga RM2,800 yang akan memberikan spoiler bampar depan dan belakang, skirt tepi dan spoiler bumbung. Kalau anda tak mahukan spoiler bumbung, boleh pilih kit badan berharga RM2,450.

Dalaman

Persamaan Yaris dan Vios semakin ketara di bahagian dalaman dimana papan pemukanya adalah serupa. Ia menampilkan kluster instrumen Optitron dengan skrin pelbagai info 4.3-inci, sistem infotainmen DVD-AVX dengan skrin sesentuh 6.8-inci dan penghawa dingin automatik.

Semua varian Yaris didatangkan dengan tempat duduk berjahitan biru, Smart Entry dan sistem Push Start, 2 slot USB, dan tempat duduk dengan lipatan 60:40.

Varian E dan G menerima Panoramic View Monitor dan Auto Fold Wing Mirror. Unik kepada Yaris G pula adalah cermin pandang belakang elektrokromatik dan stereng pelbagai fungsi.

Enjin dan transmisi

Yaris berkongsi enjin dan transmisi dari Vios iaitu unit 1.5-liter 2NR-VE Dual VVT-i. Enjin ini menjana 107PS dan 140Nm tork, dan dipadan dengan transmisi CVT dengan tujuh nisbah kelajuan. Terdapat juga pilihan mod pemanduan Sport dan Eco.

Keselamatan

Untuk aspek keselamatan, Yaris mendapat tujuh beg udara, vehicle stability control (VSC), traction control (TRC) dan hill-start assist control (HAC) sebagai standard. Varian E dan G diberikan ciri tambahan blind spot monitor dengan reac cross traffic alert, digital video recorder (dash cam) dan brek cakera belakang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here