Pengunci stereng kereta guna cap jari untuk lebih keselamatan

2895

Seperti telefon pintar, pengunci stereng kereta kini gunakan teknologi pengesan cap jari untuk membukanya. Adakah dengan sistem baru ini ianya lebih selamat daripada pengunci stereng konvensional?

Pengunci stereng kereta

Pengunci stereng dengan sistem baru ini kelihatan sama seperti pengunci stereng biasa yang lazim digunakan di Malaysia. Berbentuk T dengan disandarkan pada papan pemuka, apa yang berbeza dari pengunci stereng ini adalah reka bentuk dan warna yang kelihatan menarik.



Malah, pengunci stereng ini turut disertakan dengan teknologi canggih. Tidak ada lubang kunci, sebaliknya terdapat pengesan cap jari .

Untuk membukanya, letakkan jari anda pada sensor. Jika cap jari dikenalpasti, pengunci akan terbuka secara automatik.

Pengunci stereng kereta ini menggunakan pengesan cap jari yang dihasilkan oleh Halfords. Harganya adalah kira-kira 59 Pound Sterling (RM321), mahal atau berpatutan?

Pengunci stereng ini boleh menyimpan sehingga 20 cap jari yang berbeza. Maksudnya, ahli keluarga yang lain boleh membuka pengunci stereng selagi cap jari disimpan di dalam sistem.

Kerana ia adalah elektronik, pengunci stereng ini menggunakan kuasa elektrik dari bateri. Tetapi jangan bimbang, bateri kunci stereng ini boleh bertahan sehingga enam bulan.

“Dengan menambahkan teknologi biometrik kepada produk ini, kami mewujudkan penghalang baru untuk pencuri. Alat ini akan menjadikan pencuri lebih sukar dan menjadi pertahanan terakhir (dari jenayah),” kata Pavan Sondhi, pakar keselamatan dari Halfords.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here