13 kereta unik yang pernah menjadi koleksi Lewis Hamilton

4185

Lewis Hamilton atau nama sebenarnya Lewis Carl Davidson Hamilton merupakan seorang pelumba kereta yang telah lama bersaing di kejuaraan Formula 1. 

Hamilton kini sedang bersaing untuk menyamai rekod Formula 1 yang dicapai oleh Michael Schumacher, dimana sepanjang penglibatannya dalam kejuaraan Formula 1, Schumacher telah memenangi sebanyak 91 perlumbaan. 



Dengan pencapaian yang berterusan dan prestasi yang agak konsisten, Hamilton sudah tentu memiliki sumber pendapatan yang sangat lumayan. Selain itu Hamilton juga difahamkan memiliki banyak koleksi kereta yang menarik.

Di sini, kami akan senaraikan koleksi kereta tersebut.

  1. Ford Mustang Shelby GT500 1967

Hamilton membuat keputusan untuk memiliki Ford Mustang Shelby GT500 keluaran tahun 1967 ini selepas melihat Steve McQueen memandu kereta tersebut dalam filem Bullitt.

Kereta ini disediakan dengan dua pilihan enjin. Pilihan pertama ialah enjin V8 7,051cc yang mampu menghasilkan sehingga 355bhp dan 569Nm tork. Pilihan kedua pula ialah enjin V8 7,014cc yang mampu menghasilkan sehingga 400hp dan 644Nm tork.

2. Ferrari LaFerrari

Bukan satu perkara yang pelik jika juara dunia Formula 1 ini memiliki sebuah Ferrari iaitu LaFerrari dalam koleksi keretanya. Hypercar hybrid ini mampu menghasilkan sekitar 1,000hp dan dapat memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.4 saat.

LaFerrari berharaga sekitar USD1.4juta (RM6.1 juta) pada tahun 2013.

3. Ferrari LaFerrari Aperta

Selepas beberapa tahun membeli LaFerrari, Hamilton dipercayai membeli sebuah LaFerrari Aperta iaitu versi convertible. Hypercar ini dianggarkan berharga sekitar RM9 juta hingga RM17 juta.

Jentera ini mampu menghasilkan sehingga 963hp daripada enjin V12 dan motor elektrik yang disertakan.

4. Mercedes-AMG GT R Coupé

AMG GT R adalah salah satu model AMG yang hardcore dan mempunyai prestasi yang mengagumkan di jalan raya. Jentera ini merupakan salah satu kenderaan yang sentiasa dipandu oleh Hamilton untuk kegunaan harian. 

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbo M178 AMG yang mampu menghasilkan sehingga 577hp dan 700Nm tork. Ketika diperkenalkan di Malaysia, kereta ini berharga sekitar RM1.7 juta.

5. Ferrari 599 SA Aperta

Supercar edisi terhad ini diperkenalkan pada Paris Auto Show 2010 dan telah habis dijual sebelum ia diperkenalkan kepada umum. Ia telah dihasilkan sebanyak 80 unit dan difahamkan berharga sekitar USD1.6 juta (RM6.8 juta).

6. Maybach S S600

Difahamkan berharga sekitar £170,230 (RM913,347), kereta ini dikuasakan oleh V12 5,980cc yang mampu menghasilkan sehingga 530bhp dan 830Nm tork. Kelajuan maksimumnya mampu mencecah sehingga 250km/j.

7. Shelby Cobra 427 1966

Kereta klasik ini direka bentuk oleh John Tojeiro dan dikuasakan oleh enjin V8 7-liter naturally aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 58.6bhp dan 93.04Nm tork.

8. Mercedes-AMG G63 6X6

G63 6×6 yang kelihatan extreme ini sebenarnya menggunakan pelbagai komponen dari model G63. Jentera ini dikuasakan oleh enjin turbo V8 5.5-liter yang mampu menghasilkan sehingga 544hp dan 760Nm tork.

Jika di Malaysia, jentera ini dianggarkan berharga sekitar RM4.3 juta.

9. Pagani Zonda 760 LH

kereta lewis hamilton

Lewis Hamilton sangat menyukai kereta edisi terhad. Oleh itu, dia telah membelanjakan sekitar USD2 juta (RM8.5 juta) untuk mendapatkan sebuah Pagani Zonda LH. Jentera ini dikuasakan oleh enjin V12 Monster naturally aspirated.

10. Mercedes-AMG Project ONE

kereta lewis hamilton

Kereta ini merupakan salah satu jentera extreme dari koleksi kereta Hamilton. Hanya dihasilkan dalam 275 unit, jentera ini mampu menghasilkan sehingga 1,000hp. Mercedes Benz AMG Project One juga merupakan jentera yang digabungkan dengan beberapa teknologi dari kereta lumba Formula 1.

11. McLaren P1

kereta lewis hamilton

Kereta ini difahamkan kini berada di kediamannya yang terletak di Monaco. Ia juga dibeli oleh Hamilton setelah dia menyertai pasukan Mercedes F1 selepas meninggalkan pasukan McLaren.

12. Shelby Cobra 427 1967

kereta lewis hamilton

Pelumba Formula 1 tersebut difahamkan sangat meminati Shelby Cobra keluaran tahun 1966 ini. Kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 7-liter yang mampu menghasilkan sehingga 51.4bhp dan 569Nm tork.

13. Mini Cooper

kereta lewis hamilton

Kereta ini merupakan kereta pertama yang dibeli oleh Hamilton pada tahun 2002, setelah dia mendapat lesen memandunya. Kereta ini merupakan kereta terpakai yang digunakannya sebelum namanya melonjak naik dan dikenali di seluruh dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here