Perancis akan bayar RM12k kepada pemilik kereta lama untuk ditukar dengan basikal elektrik

1433

Perancis merupakan salah satu dari beberapa negara di Eropah yang menguatkuasakan strategi agresif bagi mengurangkan kadar pelepasan asap di jalan raya.

basikal elektrik perancis

Sejak 2017, negara ini mengumumkan larangan masa hadapan untuk jualan semua kereta yang menggunakan petrol dan diesel.



Pada tahun lepas pula, usaha ini diikuti oleh cadangan mengejutkan mereka untuk mengenakan cukai sehingga €50,000 (RM248,104) untuk sesetengah kereta sports sebagai ‘cukai kuat minyak’.

Kini, Majlis Nasional Perancis menawarkan pemilik kenderaan yang berumur dan tidak mesra alam sebanyak €2,500 (RM12,405) untuk menyerahkan kenderaan tersebut, dan menggantikannya dengan sebuah basikal elektrik.

basikal elektrik perancis

Walaupun mengurangkan kadar penghasilan karbon daripada setiap warganegara bukanlah suatu perkara tidak baik, tindakan ini agak ironi kerana negara tersebut merupakan tuan rumah kepada pengeluar hypercar, Bugatti.

Insentif untuk mendapatkan basikal elektrik pula bukanlah suatu langkah yang buruk, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar dengan persekitaran sempit dan sibuk.

basikal elektrik perancis

Dalam usul awal yang dikemukakan, insentif sebanyak €2,500 (RM12,405) ini dipersetujui sebagai pindaan terhadap rancangan rang undang-undang iklim. Tujuan RUU ini ialah untuk menurunkan kadar pelepasan rumah hijau sebanyak 40 peratus pada 2030.

Menurut Carbuzz yang memetik Reuters, Perancis berpotensi menjadi negara pertama di dunia yang mempermudahkan urusan pertukaran kereta lama dengan basikal elektrik. 

basikal elektrik perancis

“Buat pertama kalinya diakui bahawa jalan keluar untuk masalah ini ialah untuk tidak menjadikan kenderaan lebih mesra alam, tetapi mengurangkan jumlahnya,” kata Olivier Schneider dari Persekutuan Pengguna Basikal Perancis (FUB).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here