Michelin mahu ‘ubah’ botol plastik jadi tayar

1281

Bila bercakap mengenai tayar berprestasi tinggi, anda pasti takkan terfikir berkenaan pengurangan karbon, pemanasan global atau kesedaran terhadap alam sekitar.

Tetapi bagi pengeluar tayar terkemuka dunia, Michelin, mereka akan mengubah persepsi itu. Mereka kini sedang membangunkan tayar mesra alam yang diperbuat dari botol plastik!



Dinamakan e.Primacy, ia menjadi tayar bebas karbon pertama di dunia. Ia selari dengan inisiatif pengeluar Perancis itu untuk mengurangkan pembaziran plastik.

Tayar ini akan dilancarkan untuk pasaran global, namun Michelin ingin melangkah lebih jauh dalam pasaran dengan menghasilkan tayar dari botol plastik yang dikitar semula.

Menurut pengeluar tersebut, mereka menyasarkan untuk menghasilkan tayar yang mencapai 40 peratus bahan lestari menjelang 2030 dan bebas karbon sepenuhnya pada tahun 2050.

Michelin e.Primacy

Michelin sememangnya dikenali ramai kerana menghasilkan tayar berprestasi tinggi untuk hypercar seperti Bugatti Chiron Super Sport 300+, namun zaman semakin berubah dan pengeluar seperti Porsche dan Audi kini menghasilkan jentera mesra alam seperti Audi RS e-tron GT dan Porsche Taycan.

Michelin melihat aspek ini sebagai peluang untuk mereka terus berkembang, dan merancang untuk mengitar semula hampir 3 bilion botol plastik dalam masa setahun.

tayar plastik michelin

Bekerjasama dengan syarikat biokimia Perancis, Carbios, Michelin percaya bahawa mereka mampu mengubah botol menjadi tayar. 

Dengan menggunakan enzim tertentu untuk mengubah struktur Polyethylene Terephthalate (PET), sejenis polister daya tahan tinggi yang dihasilkan dapat digunakan untuk tayar kerana kestabilan haba yang tinggi dan ketahanan kerosakan.

tayar plastik michelin

“Pengukuhan berteknologi tinggi ini telah menunjukkan kemampuan mereka untuk memberikan prestasi yang serupa dengan mereka di industri minyak,” kata Nicolas Seeboth, pengarah penyelidikan polimer di Michelin, dalam satu kenyataan.

Masih belum dipastikan jenis kenderaan yang sesuai menggunakan tayar ini dan harganya, namun jika projek dari Michelin ini berjaya, ianya akan menjadi era baharu untuk pengangkutan dan pembuatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here