[Video] Ford Mustang terbang entah dari mana langgar kedai serbaneka

1502

Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di media sosial menunjukkan detik cemas sebuah Ford Mustang merempuh sebuah kedai serbaneka di Amerika Syarikat (AS).

Awal rakaman video seolah tiada apa yang berlaku semuanya kelihatan normal sehinggalah  tiba-tiba pemandu Mustang generasi keempat tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke jalan bertentangan, melompat melalui semak sebelum merempuh kedai serbaneka.



BACA>>[Video] Kereta terbang masuk restoran, nyaris rempuh pelanggan sedang nikmati makanan

Sejurus selepas kemalangan itu, orang awam dan seorang pegawai polis yang kebetulan berada di stesen minyak berhampiran berlari untuk meninjau lokasi kejadian. 

Namun, difahamkan pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan lebih bernasib baik dia merempuh bahagian belakang kedai dan mungkin situasi akan menjadi lebih teruk sekiranya dia melanggar bahagian depan kedai. 

Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana pemandu Mustang itu boleh hilang kawalan dan susulan kemalangan berkenaan kedai serbaneka itu mengalami kerosakkan dan kerugian.

BACA>>Kes jengkaut rempuh Ford Ranger, polis tahan tiga lelaki

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here