Apa maksud kod di tayar anda? Ini jawapannya

6431

Tayar yang berkualiti akan memberikan rasa pengendalian yang selesa dan selamat. Apabila tayar sudah tiba masa jangka hayatnya anda perlu mencari tayar baharu. Apabila ingin membeli tayar baharu banyak perkara perlu dipertimbangkan dan diteliti.

FUNGSI TAYAR



  • Meredam getaran: Tugas meredam getaran permukaan jalan bukan sahaja bergantung kepada suspensi. Tayar juga memainkan peranan dan kedua-dua komponen bekerjasama dalam meredam permukaan jalan yang berlubang dan tidak rata.
  • Menghentikan atau memperlahakan kereta: Daya geseran yang dihasilkan tayar apabila bersentuhan dengan permukaan jalan bermanfaat untuk mengendalikan kelajuan kereta. Apabila pemandu membrek maka tayar akan bergeseran dengan permukaan jalan sekali gus memperlahankan atau menghentikan kereta.
  • Menyokong kereta: Tugas utama tayar selain membantu pergerakan ia juga menjadi penahan atau sokongan kereta, penumpang atau muatan. Jadi apabila anda ingin memilih tayar perlu sesuai dengan standard kenderaan. Tayar yang sesuai akan membantunya untuk bertahan lama.

CARA SELENGGARA TAYAR

Setiap komponen yang ada pada kereta memerlukan penyelenggaran.  Berikut beberapa cara untuk menyelenggara tayar dengan baik

Memeriksa Tekanan Angin Secara Rutin

Pemeriksaan tekanan angin tayar harus dilakukan secara rutin, iaitu 2 minggu sekali dan sebaiknya jangan dilakukan di siang hari pada keadaan sedang panas.

Memeriksa Keadaan Fizikal Tayar

Satu lagi pemeriksaan rutin yang harus dilakukan, iaitu pemeriksaan keadaan fizikal tayar. Anda sebagai pemilik harus memastikan bahawa gerigi pada permukaan tayar tidak terlalu halus. Selain itu, harus memeriksa permukaan tayar tidak mengalami keretakan.

Pusing Tayar

Melakukan pusingan atau pertukaran tayar dari depan ke belakang dan sebaliknya supaya semua tayar dalam keadaan seimbang. Pusingan ini perlu dilakukan setiap jarak perbatuan 5,000km.

Semua cara penjagaan tayar di atas akan membantu masa pemakaian tayar lebih panjang. Apabila terjadi permasalahan yang teruk pada tayar sebaiknya segera dibawa ke bengkel. 

CARA BACA KOD TAYAR  

Setiap kereta menggunakan saiz tayar berbeza dan ukuran biasanya dilabel dalam bentuk kod. Jadi anda harus faham setiap nombor berkenaan supaya tidak tersalah ketika membeli.  

Satu contoh kod adalah 245/45 Z R 19 98 W, dan berikut adalah cara membacanya.

  • 245: Angka dalam bentuk ratusan di depan kod ini membawa maksud lebar tapak tayar. Kod ini menunjukkan jarak antara dinding tayar. Jarak yang ditulis di kod ini menggunakan ukuran mm
  • 45: Nombor ini pula mewakili ketinggian dinding tepi.
  • Z: Kod Z mewakili kelajuan maksimum kereta. Kod kelajuan tayar lainnya mengikut urutan dari rendah hingga tinggi iaitu S, T, hingga yang terakhir adalah Z
  • R: Material yang digunakan. Radial atau R adalah tayar yang memiliki lapisan bahan kain yang melintang di sekelilingnya. Di samping itu, ada lapisan tambahan di sekitar tapak tayar.
  • 19: Petunjuk diameter tayar dan dibaca menggunakan ukuran inci. 
  • 98: Angka 98 bererti jumlah muatan yang mampu dibawa sesuai dengan kemampuan kelajuan kereta. Apabila ingin membeli anda harus memperhatikan angka ini sesuai dengan spesifikasi tayar awal yang dimiliki.
  • W: Huruf paling terakhir yang ada di kod ukuran tayar ini bererti rating kecepatan tayar. Ini menunjukkan daya tahan tayar terhadap kecepatan laju kereta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here