Zizan beli Hilux bukan sekadar ‘reward’ tapi nak bantu mereka yang memerlukan

1667

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak membeli sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bukan sekadar ‘reward’ buat dirinya bahkan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. 

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Zizan menyifatkan pembelian tersebut sebagai hadiah buat dirinya setelah sekian lama bekerja keras. 



Namun, antara sebab dia membeli Hilux tersebut selepas melihat kepayahan dan kesusahan yang dialami banyak pihak sewaktu diuji dengan musibah banjir baru-baru ini.

Menurutnya, dia berniat untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dan turut menzahirkan rasa bangga terhadap dirinya sendiri atas pencapaian tersebut.

“Setelah lama bekerja dan rasa nak hadiahkan diri sesuatu. Harini ini hadiah untuk diri serta berniat nak membantu sesiapa jika perlu.

“Bermula dgn kes banjir baru ni lah buat Zizan beli Hilux ni. Tahniah Zizan Razak. Proud of me,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Selain itu, rata-rata netizen dan rakan selebriti meninggalkan pelbagai komen yang turut gembira dan menyambut baik usaha murni yang ditunjukkan oleh Zizan.

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here