#TahukahAnda : Honda Odyssey (2025) mempunyai satu persamaan dengan NSX

286

Di Malaysia, Honda Odyssey dihentikan jualannya tetapi MPV itu masih mendapat permintaan di Amerika Syarikat yang mana model generasi kelima kini diberikan facelift kedua sejak dilancarkan pada 2018.

Menurut Honda, penambahbaikan kali ini membawakan kemas kini pada reka bentuk, teknologi dan juga kelengkapan.



Dari segi reka bentuk, Odyssey (2025) tampil lebih menonjol dengan gril sporty dan kemasan hitam yang lebih besar di sekeliling lampu kabus pada bampar depan.

Apa yang lebih menarik, bampar belakang Odyssey kini menampilkan pemantul menegak yang sama dengan NSX generasi kedua. Bolehlah daripada tak ada langsung kan?. 

Selain itu, semua varian Odyssey mendapat rim aloi 19 inci dengan rekaan terkini. Honda turut menawarkan dua warna baharu iaitu Solar Silver Metallic dan Smoke Blue Pearl.

Turut disertakan secara standard pada semua varian adalah kluster instrumen digital tujuh inci dan skrin sentuh sembilan inci (satu inci lebih besar berbanding sebelum ini) dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bukan itu sahaja, Honda turut menambah ciri-ciri kemudahan lain seperti port pengecas USB-C dan pengecas tanpa wayar. Dua varian tertinggi iaitu Touring dan Elite juga mendapat sistem hiburan belakang baharu dengan skrin 12.8 inci.

Sistem keselamatan turut dititikberatkan menerusi Honda Sensing yang kini disertakan sertakan secara standard. Ia merangkumi ciri-ciri berikut:

  • Collision Mitigation Braking System dengan Advanced Pedestrian Detection
  • Forward Collision Warning
  • Lane Keeping Assist System
  • Road Departure Mitigation dengan Lane Departure Warning
  • Adaptive Cruise Control dengan Low-Speed Follow

Semua varian Odyssey menampilkan enjin 3.5 liter V6 dengan 280 hp yang digandingkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan. Harga jualan di Amerika bermula dari USD43,315 (RM202,975) untuk varian EX-L hingga USD 52,275 (RM244,962) untuk Elite.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here