Perodua Axia Serba Baharu: Harga rasmi mengikut varian

1322

Perodua akhirnya melancarkan model generasi baharu, Perodua Axia Serba Baharu dengan 2,000 pelanggan dijangka akan menerima kereta baharu mereka dalam masa terdekat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, dengan pelancaran Perodua Axia Serba Baharu, pihaknya mahu memaksimumkan penghantaran kepada pelanggan dan menukar tempahan Axia generasi sebelumnya kepada Axia Serba Baharu.

Beliau berkata, daripada 44,000 tempahan sedia ada, Perodua dapat meyakinkan 13,600 pelanggannya untuk menukar kepada model terbaharu.



Katanya, jumlah itu digabung dengan lebih 6,500 tempahan baharu (sejak 31 Januari 2023), syarikat kereta kompak itu mempunyai jumlah tempahan sebanyak 20,100 unit.

“Kami amat bersyukur dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pelanggan kami untuk model baharu ini serta untuk semua produk dan perkhidmatan kami,” katanya.

Zainal menambah bahawa Perodua Axia Serba Baharu mensasarkan jualan sebanyak 5,700 unit sebulan, menjadikan sasaran pengeluaran tahunan model itu melebihi 82,000 unit.

Perodua Axia Serba Baharu D-CVT (Dwi-Mod CVT) 1.0 liter didatangkan dalam 4 varian G, X, SE dan AV. 

Dengan rangkaian kuasa itu, penggunaan bahan api berpotensi mencecah sehingga 27.4 km/l dengan sistem Eco Idle atau Start/Stop automatik. 

Prestasi ini berdasarkan Kitaran Pemanduan Malaysia (MC), yang mengikut keadaan jalan raya tempatan dan corak pemanduan.

Berharga antara RM38,600 untuk varian peringkat kemasukan G dan RM49,500 untuk varian teratas AV. Axia Serba Baharu menawarkan pelbagai pilihan untuk rakyat Malaysia.

Ciri-ciri nilai tambah jika dibandingkan dengan model Axia generasi sebelumnya adalah berbeza kerana model serba baharu in diperhalusi dalam semua aspek keselesaan, keselamatan, saiz dan estetika.

Dari segi keselamatan, Perodua Axia Serba Baharu mendapat penarafan 4-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN CAP).

Harga mengikut varian:

  • Perodua Axia G: RM38,600
  • Perodua Axia X: RM40,000
  • Perodua Axia SE: RM44,000
  • Perodua Axia AV: RM49,500

Baca juga artikel berkaitan:

  1. Beza dimensi Perodua Axia lama vs baru, ini perinciannya
  2. Perodua dedah siapakah profile pembeli Axia

Galeri Gambar

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here